Uncategorized

Dahlah Curang, Bawak Teman Wanita Plak, Suami di Miri Sanggup Langgar Isteri Sebab Kantoi

MIRI: Seorang lelaki bukan sahaja menipu isterinya.

Malahan, dia sanggup melanggar isterinya sehingga wanita malang tersebut cedera di bahagian pinggangnya dalam sebuah kejadian di Kampung Wireless, Miri dekat sini dua hari lepas.

Dalam insiden 11.57 malam itu, mangsa berusia 53 tahun yang telah berkahwin selama lebih dari 30 tahun dan memiliki 8 orang cahaya mata itu cuba untuk menghampiri kenderaan yang disyaki di dalamnya ada suami dan teman wanitanya.

Walau bagaimanapun, suaminya tanpa diduga bertindak dengan memecut laju sebelum cuba merempuh isterinya dan menyebabkannya mangsa jatuh ke tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Miri, Penolong Pesuruhjaya, Lim Ming Seah, mengesahkan dan berkata mangsa dimasukkan ke Hospital Miri akibat dari kecederaan yang dialami.

“Polis menerima laporan kes itu dan telah menahan suami wanita malang tersebut untuk siasatan lanjut.

“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam seperti yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

To Top