Uncategorized

Kes Kecurian Semakin Melampau Di Palu

Dalam suasana pilu di Palu Sulawesi ada yang bertindak luar batas kemanusiaan apabila mengambil kesempatan dengan mencuri barangan dari pasaraya yang runtuh. Banyak video amatur merakam beberapa individu yang berduyun-duyun membawa keluar barang dari runtuhan pasaraya.

Seorang pegawai polis berpendapat, segala bentuk kecurian yang terjadi usai gempa dan tsunami di Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah tidak boleh dibenarkan sesuka hati.

Apapun otoritas bangsa ini harus punya kemampuan untuk mengatasi situasi ini. Mencuri, maling (penjarahan) dalam situasi seperti apapun tidak boleh dimaklumi, saya tidak percaya jika Kemendagri memerintahkan hal seperti itu” ujar Ahyudin di Menara 165, Jakarta Selatan,

Menurutnya, terdapat maklumat di mana kes kecurian dan memecah masuk premis perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan makanan dan pakaian serta mesin ATM berlaku selepas bencana di Palu dan Donggala. Perkara ini dikatakan berlaku kerana bantuan yang lewat tiba disebabkan banyak jalan utama musnah dan kesempatan ini diambil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pihak berkuasa akan bertindak tegas terhadap mereka yang mencuri di Palu, Sulawesi Tengah (Sulteng). Mereka tidak boleh mencuri walau dalam keadaan gawat sekalipun, ia menyalahi undang-undang, kata pihak Polis Indonesia (Kadiv Humas).

Pihak kerajaan membenarkan barangan asas diambil daripada pasaraya tetapi bukan barang elektronik, rokok, alat ganti motosikal atau kereta, ia tidak ada kena mengena untuk ikhtiar hidup. Masyarakat sedang berduka mereka pula mencuri dan ini sangat melampau, tambahnya lagi.

Sumber : dailybeauty

To Top