Uncategorized

‘Sis Ni Pembaris Ke?’ – Dilabel ‘Kebudakan’, Ini Respon Win Syed Saddiq Buat Dira Abu Zahar

Seperti semua sedia maklum, pelakon Dira Abu Zahar merupakan exco Puteri Umno yang bersuara lantang. Menerusi tweet terbaru darinya, dia menegur perbuatan YB Syed Saddiq yang dikatakan kebudakan apabila meminta pihak SPRM menyiasat penjaga gol pasukan Liverpool.

Tweet itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menganggap pelakon itu terlalu serius. Ini respon win Syed Saddiq sendiri.

Sekadar bergurau

Semalam pasukan Real Madrid berjaya menjadi juara Liga Champions setelah mengalahkan Liverpool 3-1 yang bertempat di Stadium Olimpiade, Kiev, Ukraina. Paling menjadi bualan ramai peminat bola seluruh negara adalah penjaga gol Liverpool termasuk Syed Saddiq sendiri.

Namun tweet itu mendapat respon dari Dira Abu Zahar.
Respon Dira

Yang berhormat ? Or more like Yang budak- budak.

Walau bagaimanapun, Syed Saddiq memberi respon kembali atas kenyataan dibuat.
Pembaris ke?

Ramai sokong Syed Saddiq

Dira Abu Zahar Sindir Syed Saddiq Di Twitter?

 Perlawanan akhir di antara Liverpool dan juga Real Madrid bagi merebut piala Liga Juara-Juara Eropah sememangnya menjadi perhatian warga penyokong tanah air dan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memuatnaik status berkenaan perlawanan tersebut.

Melalui laman sosial Twitter, Syed Saddiq (dengan nada bergurau pastinya), meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dilihat terlalu mudah melepaskan gol hingga menyebabkan pasukan itu tewas.

Namun ketika penyokong dan pengguna lain faham dengan gurauan tersebut, muncul Dira Abu Zahar dengan tweet yang jelas menyifatkan bahawa Syed Saddiq ‘budak-budak’. Apa lagi, memang terus bertindak pantas mempertahankan Syed Saddiq.

Kenyatan Dira itu turut membuatkan ramai lagi warga laman sosial menyatakan siapakah sebenarnya Syed Saddiq dan pelakon exco Puteri UMNO ini kemudiannya membalas dengan – Haa oklah, tak cakap buruk pun pasal dia. Yang budak-budak comellah kan?,” tulisnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa persona Syed Saddiq ditambah pula dengan kekuatan sosial media menyebakan dirinya menjadi perhatian, namun tidak semestinya individu yang dilabel ‘budak’ ini tidak mempunyai kekuatan tersendiri sehingga membuatkan rakyat memilih dirinya. Apa pun, janganlah bergaduh, orang bergurau saja pun. (rtky/s)

Sumber : Syed Saddiq via oh bulan & rotikaya

To Top