Uncategorized

Menyesal, Tak Sangka Kerja Adalah Sebabnya- Neelofa Sedih Tak Dapat Bersama Keluarga

Pelakon dan pengacara, Neelofa tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya kerana tidak dapat bersama datuknya yang kini dikejarkan ke hospital kerana sakit kuat.

Katanya, dia telah melalui pelbagai cabaran di dalam hidupnya namun, menyifatkan dugaan kali ini amat berat baginya.

Rasa sedih itu dikongsikan oleh Neelofa menerusi Instagram story miliknya.

“I have faced so many challenges in my career and business, yet I managed to keep my head high and overcome it all. But not being able to be there for him and the family would be the greatest challenge ang it’s killing me.

“I never thought my work would be the reason for it. I’m regretting every second for not being there. If your still able to spend time with your loved one when they are still here, healthy and well. Never take them for granted. I’ll see you soon abah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Neelofa turut menasihati para pengikutnya untuk selalu meluangkan masa bersama keluarga atau orang tersayang selagi mereka masih kuat dan sihat.

Difahamkan, Neelofa ketika ini tidak dapat bersama-sama keluarga menemani datuknya kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Cerita Asal Usul Nama Neelofa

Ibu pelakon dan pengacara televisyen Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed mendedahkan asal usul nama Neelofa.Kata Kartini, Neelofa sebenarnya nama seorang gadis kacukan Pakistan yang ditemuinya ketika di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan sekitar 29 tahun lalu.

“Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke Hankyu Jaya bersama kakak saya untuk menemaninya membeli produk kosmetik Lancome.

“Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, sneakers dan tudung bawal putih.

“Dia menyapa saya, katanya dia kenalan kepada saudara saya. Neelofa namanya! Dari situlah saya terkenan dan saya nekad untuk menamakan bayi yang saya sedang kandung ketika itu dengan nama Neelofa.

“Jadi, nama Neelofa dan Lancome sendiri seperti ada jodoh yang kuat,” kata Kartini yang ditemui pada majlis perlantikan Neelofa sebagai duta produk Lancome Malaysia di Eco Sanctuary, Banting, Selangor .Bagaimanapun, itu merupakan pertemuan kali pertama dan terakhir dengan gadis bernama Neelofa.

“Difahamkan sekarang dia sudah berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya,” tambah Kartini.

Foto: Instagram Neelofa via Media Hiburan

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top