Uncategorized

Mak-mak Kalau Baju Masih Lekat Sabun & Kotor, Tandanya Mesin Basuh Kena Servis, Buka Dan Cuci Sendiri Bagi Bersih

Jangan kata suami sado je boleh buat kerja-kerja buka dan cuci bersih mesin basuh automatik. Sebenarnya, orang perempuan pun boleh buat sendiri tanpa bantuan suami.

Puan Ana Mariana ni tunjukkan langkah demi langkahnya. Cara nak buka mesin basuh automatik untuk dibersihkan dari kotoran. Lagi-lagi bila dikesan baju yang dibasuh tu masih kotor dan lekat sabun.

Katanya beliau pernah ternampak posting seseorang dalam facebook cara nak bersihkan mesih basuh. Memandangkan suaminya tiada di rumah, dia pun buat sendiri kerja-kerja membuka dan membersih mesin basuh.

Senang je rupanya. Lama dah guna mesin basuh ni. Patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak cuci je. Sabun pula duk lekat kat baju lagi.”

Nanti bila mak-mak dah buka, akan nampak betapa kotor dalam mesin basuh tu. Selepas buka, kenalah cuci semua kotor-kotor dalamnya. Selesai cuci, akan rasa macam guna mesin basuh baru.
Rujuk Panduan Bergambar Untuk Buka Dan Cuci Bersih Mesin Basuh

Ini sebelum buka.

Buka skru 4 biji ini. Dekat tudung atas ini pun boleh nampak kotoran bahagian ini ya.

Buka klip tepi.

Cabut bahagian tengah ini ya. Klip gitu je.


Buka skru dalam ni.


Cabut plastik yang warna biru ini.

Cabut 4 biji skru ini pula. Nak cabut skru ini kena pakai kasih sayang sikit. Takut patah. Biasanya skru ini dah karah sebab kena air sokmo kan.

Kemudian baru boleh bawa keluar benda alah ini. Tengoklah betapa kotor dalamnya. Bertahun daki-daki ini duk kipung dalam ni. Nak bersih macam mana baju yang kita basuh tu.

Ni bahagian bawah.


Bersihkan juga bahagian ini.

Bersihkan pakai berus, Guna air sabun baru mudah nak tanggalkan kotoran.


Ini selepas dibersihkan.


Dah bersih pasang semula.


Baru kilat.

Siap.. orang perempuan pun boleh buatkan.

Nota : Maklum beliau lagi, ini cara yang digunakan untuk mesin basuh model di atas. Model lain mungkin cara bukanya berbeza.

Ataupon blh juga cuba cara dibawah.

Selalunya kita asyik fokus nak basuh baju, tetapi tahukah anda yang mesin basuh pun perlu dicuci? Dan kalau takpernah dicuci, itu boleh menyebabkan baju berbau busuk walau dibasuh. Kenapa ya?

Nak tahu jawapan dan kaedah macam mana nak cuci, rujuk perkongsian daripada Julimasanum Ali ini…

Cara Cuci Mesin Basuh
Seumur hidup, tak tahu pun yang mesin basuh ni kene cuci or ade maintenance. Sejak duduk sendiri, ade washing machine sendiri baru lah tahu tapi tau guna Tub Hygiene je. Lepas tu tak guna ap-apa detergent pon. Tekan cycle tub hygiene pastu dah settle. Sebenarnya salah ye. Tak ada kesan apa-apa pun buat camtu. Membazir air je.

So, since nak kene cuci baju-baju #BabyIM and rasa macam tak sedap je nak cuci dalam mesin basuh yg berbau. Yup BERBAU. Kita dok pening mane datang bau ni. Lepas tu kadang tu baju macam ada habuk-habuk melekat. Makanya i ask mr google cara nak bersihkan mesin basuh. And finally barulah dapat solution nya. So here i nak share lah macam mana proses-proses pembersihan mesin basuh yang berkesan.

1. First kene beli detergent utk Tub Hygiene. I beli kat Cosway Pharmacy, nama nya Wash Drum Cleaner (Power Max). Harga RM15.90 (non-member). Kalau harga member murah sikit.

2. Baca instruction pada kotak before start ye. Lepas tu ready kan diri. Kenapa? Sebab proses lama. So tengok jam set bile yang betul-betul free nak mulakan operasi ni. (I ambil masa lebih dari 24 jam untuk settle sebab nak betul-betul bersih. Jadi bergantung jugak pada kekotoran mesin anda). Kalau banyak keladak sampah, lagi lama lah jawabnya.

3. Masukkan 1 packet Wash Drum Cleaner dalam mesin basuh (wajib guna 1 packet ye, jangan kedekut nak guna half plak).

4. Pilih menu cycle WASH sahaja dan air paling maximum. Biarkan mesin beroperasi gitew. Habis cycle wash biarkan je mesin basuh tu terendam sekurang-kurangnya 5 jam (klw ikot instruction kat kotak) Tapi iols biarkan semalaman – I start at 6pm so biar mesin terendam sampai lah esok pagi baru ke step seterusnya. So terpulang kat ampa la nak start kol bape and berapa lama.

5. Next morning, korang akan dapat hasil yg menakutkan dan menggelikan. Masa tu lah segala kekotoran dalaman mesin basuh akan keluar. Korang bole buang kotoran-kotoran tu dulu sebelum next step. Kutip-kutip je dgn tangan and buang sampah sarap yang terapung tu.

6. Okey next step dah boleh pilih full cycle (wash, rinse, spin). Tapi i x buat full cycle. I choose cycle wash dgn rinse sahaja. Why? Okey sila rujuk gambar.

Done!

Haa paling best lepas dah settle ni bile cuci baju tak ada dah bau hapak, bau terkempam tu. Yay!!

So ade lagi sepeket Wash Drum Cleaner. Bile nak guna tu terpulang pada berapa kerap korang cuci baju. Iols maybe buat 3 bulan sekali lah kot. Okey selamat membersihkan washing machine korang!! Jangan ingat cuci baju, mesin korang pun sama bersih. Banyak sampah rupanya kat bawah tu.

Ni rupa Wash Drum Cleaner. 1 kotak ade 2 peket. Maksudnya boleh guna untuk 2 kali cuci.

Ini adalah hasil selepas cycle wash rinse. Haa kotor kan?? Okey proses ni leceh sikit lah plus korang kena rajin. Setiap kali proses rinse, bile mesin basuh keluarkan semua air, maka kat dasar mesin basuh akan ade sampah sarap yg tertinggal. So korang kene guna tisu or kain bersihkan dasar mesin basuh tu sebelum next cycle.

Lagi satu penapis dalam mesin basuh pon kene cuci ye.

Nampak kotor gileeeeee!!

Ni hasil lepas dah lap dgn tisu, buang sampah-sampah yang tertinggal tu sebelum next cycle. Masa ni kene PAUSE mesin dulu ye.

Proses ni i ulang ulang ulang dan ulang sampailah sampah sarap tu tak ada. Lebih dr 5 kali rasanya. Haaa mmg lama lah citenya sebab bertahun punya keladak kan.huhu

Tadaaaa!!! Ini hasil terakhir. Dah bersih macam ni baru puasa hati. Yeeeee banyak pakai air ye uols. Lebih dari 5 kali cycle. Bertabahlah.

Sumber/Foto :Ana Mariana via mingmingguanwanits

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top