Uncategorized

Rakaman Air Laut Naik Secara Mendadak Membanjiri Rumah Selepas Hujan.

Banjir besar dan ribut kencang yang melanda Itali sejak seminggu lalu kini mer4gut lebih 30 ny4wa, 12 daripadanya di pulau Sicily termasuk sembilan dari sebuah keluarga, kata penyel4mat negara itu.

Pasukan penyel4mat berkata, pelancong yang sedang bercuti terperangkap di rumah penginapan mereka setelah ditenggelami air dan lumpur akibat peningkatan air laut secara tiba-tiba.

“Kami menemui may4t kanak-kanak berusia setahun, tiga tahun dan 15 tahun di sebuah rumah di bandar pantai Casteldaccia di timur ibu kota Palermo. Mangsa lain berusia antara 35 hingga 65 tahun.

Tiga lagi anggota keluarga berjaya menyelam4tkan diri dengan memanjat pokok, kata agensi berita Agi.

“Saya kehilangan semuanya, tiada apa lagi yang tinggal , hanya anak perempuan saya,” kata mangs4 yang terselamat, Giuseppe Giordano, 35 kepada wartawan.

Angin kencang dan hujan lebat turut mengorb4nkan sekurang-kurangnya 20 yang lain minggu ini di sekitar Itali, terutama di utara.

Banjir di Sicily turut menyebabkan banyak jalan raya ditutup minggu ini, termasuk sekolah, taman awam dan laluan bawah tanah.

Semalam, tentera dikerah untuk memeriksa keadaan jalan utama di pulau Mediterranean itu.

Agensi perlindungan awam Itali menyifatkan keadaan cuaca yang melanda negara itu minggu ini sebagai antara situasi meteorologi paling kompleks sejak 50 hingga 60 tahun yang lalu.

Manakala di Milan pula hujan lebat dan angin kencang ranapkan 14 juta pokok, Itali perlu satu abad untuk pulih semula

Kira-kira 14 juta pokok musnah akibat angin kencang yang melanda Itali.

Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Itali telah meragut dua lagi ny4wa, menjadikan angka kematian keseluruhan sekurang-kurangnya 17.Ia turut memusnahkan kawasan hutan yang sangat luas.Seorang pelancong Jerman meninggal dunia dipanah petir pulau Sardinia pada Jumaat, manakala seorang lagi mangsa yang turut dipanah petir beberapa hari lalu pula meningg4l di hospital, kata Agensi Perlindungan Awam Itali pada Sabtu.Kebanyakan mangs4 yang m4ut dihempap pokok. Coldiretti, persatuan syarikat pertanian Itali, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa angin kencang telah memusnahkan kira-kira 14 juta pokok.Penduduk memegang payung untuk melindungi diri mereka daripada hujan lebat di Monterosso al Mare. – AFP

Kawasan dari timur laut ke Sicily di barat daya Itali telah terjejas oleh ribut dengan kerosakan teruk di kawasan utara Trentino dan Veneto – wilayah di sekitar Venice, di mana perhubungan ke kampung-kampung telah terputus oleh tanah runtuh.

Pokok pain dan fir tumbang seperti batang mancis di pergunalan Alp berhampiran Belluno, kira-kira 100 kilometer di utara Venice.

“Kami akan memerlukan sekurang-kurangnya satu abad untuk kembali ke keadaan biasa,” kata Coldiretti.

Banyak dataran dan laluan pejalan kaki di Venice tenggelam oleh paras banjir paling tinggi dalam tempoh sedekad ini di bandar terusan tersebut.

Gabenor Veneto, Luca Zaia, berkata nilai kerosakan disebabkan ribut di rantau itu berjumlah sekurang-kurangnya satu bilion euro (RM4.74 bilion). – Reuters/The Star

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/11/04/ribut-itali/#VLqhjTUqD7yOiobS.99

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top