Uncategorized

Isteri minta Aliff Syukri tak keluar TV, “Pindah kampung bela kambing jaga ayam itik lagi bagus!”

Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kesal dengan tindakan orang ramai terus mengecam suaminya, susulan komen yang dianggap menghina penonton di konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Ahad lalu.

Nur Shahida bagaimanapun mengakui Aliff yang merupakan penaja utama konsert GV5 sering ‘terlepas cakap’ semasa bersiaran langsung.

“I dah cakap dengan you tak perlu keluar TV sebab tak semua faham cara you cakap sebab you suka terlepas @aliffsyukriterlajaklaris. Tak pasal banyak betul orang yang ‘sekolahkan’ (kritik) you hari ni, Datuk, Dr lah,chef lah, artis semua adalah.

“Yang kenal tau lah, yang tak kenal macam-macam ayat mereka keluar sampai semua perkataan maki hamun dah keluar sampai mereka pun tak tahu nak maki apa dah,” katanya menerusi luahan di laman Instagram miliknya, Isnin.

Luahan Nur Shahida di laman sosial Instagram.

Menerusi konsert GV pada Ahad lalu, Aliff yang merupakan pengasas produk D’Herbs diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya.

Tetapi dia membangkitkan kemarahan netizen, apabila mengeluarkan komen dianggap keterlaluan antaranya ‘berwajah hodoh dan bomoh’  terhadap seorang penonton.

Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sehubungan itu, Nur Shahida menasihatkan Aliff supaya tidak menghadirkan diri ke konsert GV, meskipun suaminya telah pun membuat permohonan maaf semasa konsert bersiaran langsung pada Ahad.

“Jika you pergi juga, anggap saja cari gaduh dengan I. Biar orang yang pandai sangat kutuk tu promote (promosi). Kita ni tak educated (berpelajaran). Dah minta maaf dah pun semalam waktu live (bersiaran langsung), apa lagi tak kena tak tau lah.

“Jadi, lepas ni minggu depan you tak perlu pergi Gegar Vaganza lagi, duduk rumah je lagi bagus. Tak perlu keluar TV pun nak promosi. Kita dah niaga lama insyaAllah dah banyak pengguna setia,” katanya.

Aliff Syukri sewaktu mempromosikan produknya membabitkan seorang penonton.

Pada masa sama, Nur Shahida turut kesal dengan pihak yang tidak bersimpati dengan nasib pasangan itu yang dihina sehingga menjadi bahan ketawa.

Malah beliau turut memperjelaskan bahawa dirinya dan Aliff berniaga hanya untuk memberi kesenangan buat keluarga mereka.

“Sikit-sikit cakap kaya tapi bodoh, money can’t buy class lah. Kita bukan niaga cari duit nak beli class, nak bagi keluarga senang dan bahagia.

“Dalam pada mengutuk juga, tapi semua pun sibuk semua cari minta sponsor (taja), sumbangan, bantuan, kita kena sedar satu je manusia suka pandang keburukan dan kekhilafan kita, baik kita, langsung tak pernah orang nampak… jadi jomlah kita pindah duduk kampung bela kambing jaga ayam itik lagi bagus,” katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/11/06/shahida-pesan-aliff-syukri/#pq0eF6PzRYph2hgC.99

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top