Uncategorized

Walaupun suami I dah mennggal, I tak ambil laki orang -Fauziah Nawi sindir Elly Mazlein di Anugerah Skrin

Fauziah Nawi (lahir pada 26 Jun 1953 di Ipoh, Perak) merupakan seorang juruhebah, pengarah, pelakon, penyanyi, dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keempat (2006) dan keenam (2008).

Sebagai juruhebah, Fauziah pernah mengendalikan program radio seperti Radio 4 – Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, “Non Stop Music and Before We Say Goodnite”, Radio 3 Ibu Kota – Fascinating Malaysia, dan Radio 1 – Manis-Manis Garam.

Fauziah pernah mengarah teater Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana dan Muzikal Tok Rimau 1, Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Jiwa, Pulang dan Tali. Di samping itu, Fauziah pernah menjadi pengarah drama bersiri Baju Kak Long, Sahabat, Azlina, Sebening Kasih & Pantai Berbisik.

Baru 2 hari lepas, Fauziah Nawi telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018. Perkara itu bukan lagi satu kejutan yang luar daripada jangkaan para penonton dan peminat dek kerana bakatnya dalam bidang lakonan yang telah diiktiraf oleh tanah air.

Namun apa yang menarik, ketika pelakon Fauziah Nawi atau lebih dikenali sebagai Ibu Fauziah memberi ucapan sewaktu menerima anugerah tersebut, beliau ada menyebut tentang tidak merampas lelaki orang dalam responnya kepada Syuk, pengacara yang terlibat dalam program itu.

“Jangan siapa marah I, walaupun harini I sendirian..dah 26 tahun suami meninggal, I tak nak ambil laki siapa-siapa pun ok”

Ucapan tu untuk Elly Mazlein

Berikutan sedutan video tersebut, di laman media sosial Twitter milik seorang pengguna Twitter @nasirpasir, netizen membuat spekulasi bahawa ucapan tersebut ditujukan khas kepada Elly Mazlein ekoran perkahwinannya dahulu dengan bekas suami orang.

Kata netizen, isteri pertama bekas suami Elly Mazlein (Azmi Hatta) dahulunya, merupakan kawan baik kepada Fauziah Nawi. Menurut satu sumber yang lain, terdahulu Elly Mazlein juga pernah dihimpit kontroversi dan dakwaan berkaitan merampas suami orang (sebelum berkahwin dengan bekas suaminya, sekitar 2010).

Bukan untuk Faye sindiran tu

Ok boleh la list kan artis jering ni..

Ramai je artis rampas suami orang

Suami Erma ??

Namun sejauh mana kebenaran spekulasi ini tidak dapat dipastikan. Apa pun ribuan tahniah kepada Pelakon Fauziah Nawi atas kemenangan beliau !

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top