Uncategorized

Setakat utk lafaz shahadah tak ada masalah, tapi utk hidup dengan komitmen terhadap lafaz shahadah itu yg menjadi problem.

Sebenarnya aku tidak bercadang untuk melakukan confession yg kedua, tetapi setelah membaca segala feedbacks, aku buat keputusan utk menulis confession seterusnya. Alhamdulillah ada sedikit kelapangan waktu utk menulis hari ini.

Pertama tentang filem Nur, ramai yang kata kisah aku mcm drama Nur. Thanks sebab bagitahu. Aku pernah dengar pasal drama ni, tapi tidak pernah menonton. Aku jarang menonton drama atau filem melayu sebab kalau rasa nk tgk movies sangat pun, aku cuma buka netflix dan tengok apa yg ada dalam tu. Dalam nexflix tak banyak sgt cerita2 melayu. Apapun, aku percaya banyak sebenarnya kisah yg berlaku dlm drama-drama ni, turut berlaku dlm kehidupan seharian kita. Skrip drama yg ditulis, semestinya juga banyak diambil dari pengamalan hidup seseorang.

Dari comments yang diterima, ramai juga yang kata parents aku cuma tahu amal agama, tapi tak faham agama. Aku ni dah besar panjang pn masih tak boleh buat keputusan sendiri, kena dengar cakap mak ayah dan sebagainya. Dalam hal ini, aku percaya setiap manusia adalah unik. Cara setiap dari kita dididik pastinya tidak sama. Bagaimana kita melihat kehidupan banyak dipengaruhi oleh kepercayaan yg terhasil dari pengalaman yang dilalui, sama ada pengalaman kehidupan sendiri, persekitaran atau pembacaan.

Dalam kes ni, sebagai anak sulung dalam family, aku memang dibesarkan dengan kepercayaan “keberkatan” kehidupan kita ini bilamana kita berusaha untuk gembirakan hati ibu bapa dan taat kepada mereka.

Dlmconfession yg lepas, ada aku beritahu yang adik2 aku masa tu ada juga belajar di luar negara. Jadi sebagai seorang ibu, umi taknak kalau aku kahwin nanti, adik2 pn akan terikut jejak juga disebabkan aku. Lagipun, adik2 aku masa tu pn dah ada beberapa jejaka asing yg duk mengurat (adik2 aku ni pun ala2 gedik juga, mujur sekarang dah kahwin).

Kalau lelaki mungkin okay lagi, tapi kalau anak perempuan umi dan ayah lebih risau sebab bagi mereka sebaik dan sealim mana pun anak perempuan, akhirnya akan ikut juga acuan suami. Bukan nak kata lelaki asing ni tak baik, tapi dalam bab agama/spiritual, aku juga percaya yang keimanan/kekuatan seorang lelaki tu adalah penting sebab normally para isteri akan follow suami. Sebab tu umi dan ayah ada garis panduan tertentu sebelum menyerahkan t’jwb menjaga anak2 mereka kepada orang lain. Dan sebagai abang sulung, umi dan ayah telah mengasuh aku utk menjadi role model dan bertanggungjawab kepada adik2.

Berkenaan adik2, itu adalah faktor sampingan. Faktor utama adalah multicultural issues which is ada orang yang boleh terima dan ada orang yang tak boleh. Walaupun Hanna ni baik, fell in love with me, tapi bukan bermaksud dia berminat dgn agama atau willing utk hidup dengan cara islam. Baginya semua agama adalah sama (pluralisme) yg mengajak manusia ke arah kebaikan. Hanna menghormati agama, namun baginya kepercayaan bukanlah sesuatu yg boleh dipaksa disebabkan perkahwinan. For her, the real essence is cinta dan kasih sayang, itu yang menyatukan bukan agama.

Setakat utk lafaz shahadah tak ada masalah, tapi utk hidup dengan komitmen terhadap lafaz shahadah itu yg menjadi problem. Hanna percaya yg sekiranya kita mencintai seseorang, kita patut terima diri mereka seadanya mereka, bukan mengubah mereka utk menjadi orang lain. And in this case, religion tak sepatutnya jadi isu. Aku faham maksud Hanna tetapi bagi parents aku, mungkin mereka khuatir anak lelaki mereka akan jadi liberal dan mengamalkan cara hidup macam orang tak ada agama, sepertimana yg banyak berlaku di negara Indonesia atau negara2 lain.

Aku akui, disebabkan aku menghabiskan usia hidup agak lama diluar negara, jadi sedikit sebanyak ia mengubah cara aku berfikir, melihat manusia lain dan memahami konsep fleksibility/kebolehlenturan dlm fiqh dan dakwah. Dan ini agak kontradik dengan cara pemikiran konservatif yang dimiliki oleh kedua orang tuaku. Pasal aku nak kahwin tu, umi siap buat istikharah dan puasa sunat lagi khas untuk aku. Dan pada masa tu, umi bertegas yang dia tak setuju dengan pilihan aku.

Actually Aku dan Hanna ni, since dua2 pn educated, mmg terbuka utk berbincang apa saja isu. Politik, agama, sports semua benda kami boleh borak. Sama ada benda tu positive atau negative, kami boleh honest antara satu sama lain. Masing2 ada hak utk bagi pendapat dan meraikan perbezaan pandangan. Memang dengan dia ni, rasa masuk. Tapi dah parents aku dah tak setuju and bantah keras2, takkan aku nak merajuk lari dari rumah atau tak pedulikan diaorang kot. Aku cintakan Hanna, tapi aku sangat clear yang aku lagi cintakan parents aku.

Pasal yang suruh aku cari Hanna tu, of course aku cari sebab aku ni gentleman. Mana boleh terus buang mcm tu je, tak baik. What goes around comes around. I flew to the US after that, kitaorang berjumpa and bercakap heart to heart. As I mentioned earlier, since dua2 pn educated we could accept apa yg berlaku walaupun sedih sangat2. Selepas jumpa tu lah, tak lama lepas tu dia deactivate fb dan lost contact. Aku sayang dia, tapi aku sedar sayang tak semestinya akan berakhir dengan memiliki. Aku masih ingat lagi kata2 seorang kawan aku, “masa akan menjadi ubat yg paling mujarab.” Dan ianya mmg betul.

Sesekali ada juga aku mimpi (subconcious mind) yg aku kawin dengan dia, dan bila bangun b’harap sangat benda tu jadi realiti. Bagi yg kata aku tak boleh move on tu, aku move je hari2. Kerja pn asyik travel, mmg selalu move on.. hihihi (gurau2 je). Bab perasaan ni, time duduk sorang2 je kadang2 teringat, bila busy dgn kerja and kawan2, tak ada pn nak ingat. Aku ni lelaki, kadang2 terbuai juga dgn memori, tetapi apapun aku pasti akal aku lebih kuat berbanding emosi!

Dgn kemudahan teknologi hari ni, dunia dah makin kecil. Aku tahu juga perkembangan baru Hanna, nampaknya dia pun dah ada boyfriend baru sekarang. Mereka stay together and tinggal di New York. Kalau ikut emosi, rasa macam nak sailang balik. Tapi mental aku ni waras lagi. Kita perlu latih diri utk melihat dr bigger picture, then we will realize what is happening. Sekarang aku tak kahwin, bukan sebab tak boleh move on tapi sebab dh jadi selesa. Selesa dgn kehidupan yg tak memeningkan dan susah nak jmpa dengan perempuan yg boleh masuk dgn aku.

Peringkat umur aku ni, bukan nak cari perempuan yg make up 10 inci atau tahu nak melawa je. Aku lebih prefer yg matured, knowledgeable, boleh diajak berbincang dan open minded. Itu yg susah nak jumpa. Tapi itu tak bermaksud aku merendahkan orang2 yg suka melawa ni (which is bagus juga and pastinya ada yg sesuai utk mereka), cuma that’s not my primary criteria.

Aku yakin semua yg berlaku ada hikmahnya. Aku tak salahkan umi dan ayah pun, sebab sebagai anak aku tahu mereka mahukan yg terbaik utk anak mereka. Mereka yg kata kenapa aku mesti dengar cakap parents, nanti masa korang semua jadi parents dan time tu anak2 tak dengar cakap korang, rasa lah nanti perasaannya macam mana. Nak anak kita jadi baik, mulakan dulu dengan diri sendiri, kita dulu jadilah anak yg baik.

Thanks a lot kepada semua yg bagi feedbacks. I do appreciate all the comments. Kita merancang, dan Tuhan juga merancang, tapi sebaik2 perancang adalah perancangan Tuhan. Terima kasih Hanna atas segalanya, macam aku cakap dalam first confession dulu, I always pray for her happiness not matter where she lives and with whom she lives with.

Sincerely,

Sumber : Fariz via iium

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top