Uncategorized

Padang Pasir ‘Oman’ Bertukar Menjadi Lautan Apabila Dilanda Banjir Besar

Siklon yang lebih kuat daripada mana-mana yang pernah direkodkan sebelum ini melanda selatan Oman dan ke negara Teluk serta jiran Yaman, Mencurahkan hujan terkumpul hampir tiga tahun membanjiri bandar utama dalam satu hari.

Ribut itu mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang manakala lebih 30 orang hilang, kata media antarabangsa.

Cyclone Mekunu menyebabkan banjir kilat juga menghancurkan seluruh jalan raya dan menenggelamkan manusia di Salalah, bandar ketiga terbesar di Oman. Angin kencang menbadai lampu jalan dan menerbangkan bumbung di kota itu.

Laut menjadi bergelora dari hujan dan ribut, tebing sungai pula mula dipenuhi air bah. Pantai pelancongan destinasi percutian yang kosong kini dipenuhi serpihan dan buih air laut kesan dari kenaikan laut Arab.

Tiga orang, termasuk seorang gadis berusia 12 tahun, meninggal di Oman, dan dua mayat telah dikeluarkan dari pulau Socotra, Yaman. Lebih daripada 30 orang masih hilang di Socotra, termasuk warga luar seperti Yaman, India dan Sudan.

Pegawai Yaman juga melaporkan terdapat kerosakan di bahagian timur negara, sepanjang sempadan dengan Oman. Rageh Bakrit, gabenor wilayah al-Mahra, berkata dalam akaun Twitter rasminya lewat Jumaat bahawa angin kencang telah memusnahkan rumah dan memutuskan saluran komunikasi dan perkhidmatan air. Beliau berkata tiada kematian di wilayah itu dilaporkan.

Selain itu, Jabatan Meteorologi India turut mengeluarkan kenyataan, angin ribut berkekuatan maksimum 170-180 kilometer sejam bertiup sehingga 200kmj (124mph) adalah siklon yang terkuat berlaku tahun ini.

Sebahagian daripada Salalah, rumah kepada kira-kira 200,000 orang, terputus bekalan kuasa eletrik apabila taufan itu turut menyebabkan tanah runtuh.

Di pinggir bandar, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Salalah, apa yang pernah menjadi sungai yang dulunya kering kini dipenuhi dengan air banjir.

Pengkaji cuaca Oman berkata, Salalah dan kawasan sekitar akan memperoleh sekurang-kurangnya 200 milimeter (7.87 inci) hujan, merupakan jumlah kejatuhan hujan tahunan di bandar ini. Tetapi ribut ini membawa lebih 278.2mm, melebihi Jumlah hujan tahunan yang sepatutnya.

Pegawai keselamatan Yaman berkata pihak penyelamat menemui dua mayat di Socotra, manakala lebih daripada 30 orang masih hilang.

Pulau Socotra, yang disenaraikan oleh Unesco sebagai Tapak Warisan Dunia, telah menjadi tumpuan pertikaian antara UAE dan kerajaan antarabangsa yang diiktiraf oleh Yaman, yang konon bersekutu dengan pemberontak Syiah yang dikenali sebagai Houthis.

Sumber : ratusembang

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top