Uncategorized

“Kalau Jumpa Kain Kuning, Buanglah Aku Di Sungai..” Perintah Jin Yang Dihantar Ke Rumah Kelamin Terkena Sihir Pemisah

Jejak saja di rumah, pasangan kelamin ini terus rasa tak puas hati. Ada saja perkara yang nak diungkit. Yang tak patut dibincang pun semua terkeluar habis. Panaslah hubungan suami isteri ini tanpa mereka sedar, yang diri mereka sudahpun dihantar sihir pemisah.

Gara-gara tak manu lihat hubungan suami isteri ini bahagia. Inilah yang berlaku pada pesakit Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin. Perhatikan juga 27 tanda-tanda ini yang menunjukkan gangguan makhluk halus dalam rumah tangga anda

9 Tahun Kahwin Belum Juga Hamil, Rupanya..

Bila masuk rumah je sepasang suami isteri ini mesti kerap bergaduh..Walaupun hal kecil-kecil mudah sangat terasa nak bergaduh. Bila keluar rumah pergi kerja dan berjauhan masing-masing merasa rindu.

Begitulah berlaku pada pesakit saya ini. Pasangan ini sudah mendirikan rumahtangga dah 9 tahun. Masih belum dikurniakan cahaya mata. Pergi buat pemeriksaan menyeluruh, keduanya suami isteri normal tiada apa masalah.

Dah puas ikhtiar di hospital sehingga buat IVF masih juga belum ada rezeki mereka mendapat cahaya mata. Di atas nasihat kawan-kawan beliau datang berjumpa saya.

Bila rawat suami di ruqyah keluar muntah banyak sangat-sangat. Selesai rawat suami rawat isteri pula. Isteri pula tidak sedarkan diri kerasukan. Menjerit kesakitan bila di ruqyah oleh saya.

Bila ditanya dan dibaca dengan ayat suci Al Quran jin tersebut mengalah. Jin tersebut bercakap :

Baik aku keluar, balik nanti kamu lihat bawah pasu depan pintu rumah Tuan aku letak barang di situ, jika kamu dapat kain kuning tu buang la aku di sungai atau bakar sahaja baru aku dapat pergi dari rumah tu “

Kain Kuning Bawah Pasu Depan Pintu Rumah

Balik dari rumah memang benar ada kain kuning bawah pasu depan pintu rumah di balut dengan abu habuk bau busuk.

Pasangan ini terkena sihir pemisah. Tujuan datang untuk rawatan ikhtiar zuriat rupanya tanpa mereka sedar mereka terkena sihir pemisah.

Saya doakan agar abang dan isteri pasangan ini lebih bahagia lepas ini dan dimurah kan rezeki mendapat cahaya mata yang pertama in shaa Allah.

Sekiranya anda mengalami seperti di atas nasihat saya segeralah dapatkan rawatan Islam berhampiran. Ramai bertanya saya macam mana nak tahu gangguan dalam badan ustaz?

Nak tahu gangguan dalam badan cuba lihat tanda-tanda dibawah saya senaraikan, jika anda banyak tanda-tanda di bawah dapatkanlah rawatan Islam berhampiran. Jangan terlambat sebelum keadaan makin teruk dan parah.

27 Tanda-tanda Gangguan Makhluk Halus, Saka, Santau & Sihir

Tanda-tanda tersebut adalah:

1. Kerap sakit belakang, bahu tengkuk urat belikat kerap sakit

2. Kerap sesak nafas sakit dada ulu hati.

3. Kerap rasa resah, gelisah, berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu Asar ke atas.

4. Kerap sakit kepala, makan ubat tetap sakit.

5. Kerap kembung perut sedawa angin.

6. Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah uri wanita.

7. Kitaran haid tak normal.

8. Lambat mendapat zuriat.

9. Menjadi rimas lemas cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri.

10. Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil.

11. Ketika marah kerap meminta cerai.

12. Tidak suka tidur bersama.

13. Nafsu tiada terhadap suami atau Isteri.

14. Tercium bau badan busuk hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.

15. Suka bersendiri di dalam bilik.

16. Tidak suka tempat-tempat yang bising.

17. Sukar tidur malam.

18. Kerap mimpi baby, menyusu dan bermain dengan baby.

19. Kerap mimpi ular, kala jengking daan binatang berbisa.

20. Kerap mimpi pasangan kita curang.

21. Perasaan curiga cemburu buta yang kuat.

22. Kerap bermimpi tempat kotor busuk.

23. Kerap terbau kemenyan, colok setanggi.

24. Bila berjauhan dengan pasangan perasan rindu sayang amat-amat menebal.

25. Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan dikenali.

26. Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran

27. Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain.

Di atas adalah serba sedikit Bagi orang yang terkena gangguan makhluk halus. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dengan anda, jangan sampai terlambat ya.

Jika anda rasa bermanfaat silakan share.

Moga dapat memberi manfaat pada mereka yang memerlukan in shaa Allah Aamiin.

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top