Uncategorized

Butiran baru diperoleh daripada perakam data penerbangan yang ditemui minggu lalu

Pesawat Lion Air yang terhempas minggu lalu mempunyai masalah penunjuk laju-udara pada hari itu dan tiga penerbangan sebelumnya, kata jagawan pengangkutan Indonesia.

Butiran baru diperoleh daripada perakam data penerbangan yang ditemui minggu lalu, diketahui selepas kerajaan menyatakan akan melancarkan ‘audit khas’ terhadap operasi penerbangan tambang murah itu.

Seminggu selepas nahas, punca kejadian masih belum diketahui. Lion sebelum ini berkata, pesawat Boeing 737-Max 8 itu mengalami masalah teknikal ketika penerbangan Isnin minggu lalu itu, tetapi berjaya diatasi.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (NTSC) hari ini berkata, kotak hitam menunjukkan pesawat berkenaan mempunyai masalah penunjuk laju-udara ketika sekurang-kurangnya dua penerbangan terdahulu.

“Kesemuanya, ada empat penerbangan yang mengalami masalah dengan penunjuk laju-udara.

“Apabila masalah timbul, juruterbang mencatatkannya dan mekanik akan membaikinya. Kemudian pesawat diisytiharkan layak terbang,” kata ketuanya Soerjanto Tjahjono kepada pemberita.

Agensi itu akan menyiasat punca masalah berkenaan dan sama ada pembaikan sewajarnya dilakukan, termasuk menggantikan komponen yang rosak, katanya.

Butiran lanjut tidak diberikan, dan agensi itu tidak membuat spekulasi bagaimana masalah berkenaan mungkin memainkan peranan terhadap nahas, dalam pada ia meneliti perakam penerbangan yang dilihat kunci kepada punca pesawat yang agak baru itu terhempas.

Pengakuan Lion sebelum ini mengenai masalah teknikal pesawat, dan permintaan kapten untuk kembali ke lapangan terbang beberapa minit sebelum terhempas, menimbulkan persoalan sama ada wujud masalah khusus terhadap pesawat penumpang komersial terbaru serta moden dunia.

Penyelam masih mencari perakam suara kokpit pesawat itu.

Sebelum itu pengarah teknikal lion air dipecah

Anggota perkhidmatan awam termasuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) perlu berani tampil ke hadapan dan memberikan nasihat yang betul apabila berlaku suatu perkara membabitkan konflik kepentingan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar menegaskan, keupayaan itu penting bagi memastikan tugasan boleh dijalankan dengan amanah kerana budaya kerja berdisiplin tinggi adalah penting bagi meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran.

“Kalau perkara itu betul, katakan ‘ya’ dan kalau perkara itu salah, kita perlu berani membetulkannya. Pastinya kita semua sebagai anggota perkhidmatan awam memikul satu tanggungjawab besar dalam memastikan segala urusan kerajaan adalah berpandukan lunas undang-undang.

“Dalam apa juga tugas yang dilaksanakan, adalah penting anda melaksanakannya dengan penuh taat, beramanah dan berintegriti serta jangan sesekali mengutamakan kepentingan diri sendiri atau pihak tertentu.

“Pastikan semua urusan kerajaan berjalan atas prinsip pemisahan kuasa dan ini bermakna segala tindakan atau keputusan yang diambil haruslah berpandukan peraturan yang sudah digubal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Seramai 395 graduan dianugerahkan DPA INTAN pada istiadat berkenaan. Program DPA INTAN adalah kursus mandatori yang dilaksanakan sejak 1977 bagi melahirkan pegawai PTD yang memiliki komitmen, pengetahuan, kemahiran dan kompetensi tinggi dalam bidang pengurusan awam.

Beliau berkata, kepelbagaian dan kerumitan bidang tugas PTD menjadikan PTD sebagai tulang belakang jentera pentadbiran kerajaan yang berfungsi bukan saja sebagai ‘think-tank’ (badan pemikir), malah penasihat kepada Kerajaan.

“PTD adalah pemikir, perancang dan pelaksana yang terbabit secara langsung dalam pembangunan negara, oleh itu peranan ini perlu diteruskan supaya skim PTD terus kekal relevan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sektor perkhidmatan awam yang cemerlang akan mendokong pembangunan semula Malaysia, sekali gus kembali menjadikannya sebagai ‘Harimau Asia’.

Justeru, katanya, menjadi tanggungjawab semua penjawat awam untuk menyahut cabaran itu serta bersedia membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia pulih dan kembali menjadi ‘Harimau Asia’ semula.

“Ini seharusnya menjadi suatu iltizam yang penting khususnya kepada semua penjawat awam kerana perkhidmatan yang cemerlang akan mendokong pembangunan semula Malaysia yang dahulunya pernah digelar ‘Harimau Asia’.

“Harimau Asia adalah gelaran kepada negara memiliki kadar pertumbuhan yang tinggi dan melalui perindustrian pesat pada 1990-an. Perdana Menteri kita (Tun Dr Mahathir Mohamad) yakin bahawa Malaysia akan kembali sebagai ‘Harimau Asia’ apabila pelaburan asing mula meningkat masuk ke dalam negara.

“Malaysia kini menduduki kedudukan ke-25 dalam Indeks Daya Saing Global edisi 2018. Ini bermakna Malaysia masih lagi terkebelakang dalam penyediaan kecekapan untuk persekitaran perniagaan yang kondusif.

“Ini juga bermakna kita semua, penjawat awam khususnya, harus bekerja lebih keras lagi untuk memperbaiki kedudukan Malaysia bagi meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang seterusnya akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Sumber : bh online

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top