Uncategorized

12 Cara Pencuri Langsung Tak Mahu Masuk Rumah Anda

Tahukah anda, mengikut data daripada Barcelona, terdapat 7000 kondominium masuk pencuri setiap tahun. Di kawasan Taiwan, setiap bulan terdapat lebih daripada 8000 kes masuk pencuri! Memang kita berasa bimbang jika terdapat barang berharga dalam rumah, dan sentiasa risau jika pencuri akan datang. Jika anda tidak ingin bimbang lagi, tengoklah 12 cara menggelakkan pencuri di bawah. Mungkin terdapat satu cara yang menyesuaikan anda!

Apabila kedatangan tetamu, simpanlah barangan berharga. Tidak kira tetamu tersebut adalah kawan ataupun hanya tukang kayu. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, kita mesti simpankan barangan berharga lebih awal. Anda tidak akan tahu sama ada mereka orang jahat atuk tidak, dan tidak ingin membuang masa untuk bertelingkah. Jadi, kita simpanlah barangan berharga bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku.

Merendahkan suara bunyi telefon. Terdapat pencuri yang pandai. Mereka akan menelefon dahulu untuk memastikan tiada orang di rumah. Jika anda merendahkan bunyi telefon sehingga bunyi tersebut hanya anda dapat dengar, ini akan mengganggu pelan mereka.

Memasang kunci yang lebih baik. Mengikut data, seorang pencuri cuma memerlukan 60 saat untuk memasuki sebuah rumah. 73% daripada kes ini adalah melalui pintu besar. Cadangkan anda boleh menukar kepada kunci yang rumit, ini dapat mengelakkan pencuri daripada masuk ke dalam rumah dengan mudah.

Tingkap merupakan tempat kegemaran pencuri. Untuk mengelakkan pencuri, tingkap kena memasang tetingkap besi. Ingat, belilah tetingkap yang dapat kunci, jika berlaku perkara yang bahaya kita juga dapat melepaskan diri daripada rumah.

Kita mesti sentiasa membersihkan sekeliling rumah. Jika kelihatan kotor dan tidak dijaga, orang akan ingat bahawa tuan rumah selalu tidak berada di rumah.

Walaupun tiada alarm, anda juga boleh meletakkan notis “Terdapat Sistem Alarm”. Ini dapat merendahkan keinginan pencuri datang ke rumah anda.

Jika anda membeli barangan berharga, kotaknya mesti dirosakkan dahulu sebelum buangkannya. Jika tidak, pencuri akan mendapati bahawa anda telah membeli barangan berharga, dan cuma memasuki rumah anda.

Jika anda mendapati terdapat orang tidak kenali berjalan-jalan dekat rumah anda, menyamarkan seperti anda sedang mengucapkan selamat tinggal dengan ahli keluarga. Pencuri akan ingat rumah ada orang yang lain dan pergi dari rumah anda.

Prihatin kepada keadaan kunci anda, jika terdapat tanda dicakar, maka ini bermaksud terdapat pencuri yang cuba memasuki rumah anda. Tukarlah kunci yang lebih baik.

Janganlah sentiasa tutupkan langsir, bukalah sedikit, dan memberi tanggapan orang lain bahawa terdapat orang di dalam rumah.

Tanamlah tumbuhan yang berduri di tingkap ataupun pagar. Ini akan menambahkan kesusahan untuk pencuri memasuki rumah anda. Peluang pencuri dilihat juga akan bertambah.

Jangan mendedahkan data peribadi anda melalui telefon, terutamanya nombor yang anda tidak kenali. Mereka paling suka menanyakan tempat kerja anda dan juga soalan peribadi. Jangan memberi jawapan. Jika kita menerangkan lebih banyak, mereka akan dapat tahu tempoh rumah anda tiada orang, dan memilih masa untuk mencuri semasa anda sedang sibuk bekerja.

Pencuri memang sangat dibencikan. Akan tetapi, kita juga boleh mendapatkan banyak cara untuk mengelakkannya masuk ke rumah anda dan mencuri barangan berharga. Jika anda mengikut cara di atas, peluang anda kena curi akan dikurangkan.

Sumber : dharian

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top