Uncategorized

Ada desas desus mengatakan zamani tarik diri dari GV5, Harapan peminat semoga zamani cept sembuh sama2 nanti kan kemunculan

Desas-desus mengatakan Zamani, 47, ingin menarik diri daripada program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV 5) seakan-akan tidak akan berlaku.

Kelibat penyanyi itu dilihat hadir pada sesi raptai yang diadakan malam ini.

Menurut sumber kepada MHE TV, keadaan vokalis kumpulan Slam itu bertambah sihat.

Malah kemampuan vokalnya juga didengar semakin kembali normal, berbanding minggu lalu.

“Bagaimanapun, Zamani tidak hadirkan diri pada sesi pertama latihan yang bermula malam semalam selepas difahamkan kondisinya belum sihat penuh.

Hari ini, dia hadir ditemani pengurusnya dan mengambil bahagian dalam sesi raptai. Dia muncul membuat latihan bagi menyanyikan lagu Hapus Aku nyanyian asal kumpulan Nidji,” kata sumber tersebut kepada MHE TV.

Selain Zamani, peserta lain turut hadir mempersiapkan diri untuk konsert mingguan GV 5 pada Ahad ini di Wisma MBSA Shah Alam.

Zamani terpaksa diberi suntikan, tetap buat persembahan biarpun sakit belum sembuh

Keadaan penyanyi Zamani yang mempunyai masalah peti suara koyak belum sembuh sepenuhnya sehingga dia terpaksa menerima suntikan sejak Rabu lalu.

Pengurusnya Aalan Ahmad, berkata, penyanyi berusia 47 tahun itu masih tidak boleh menyanyi namun dan harapannya agar suntikan diterima Zamani akan membantu kesihatan dia pulih.

“Alhamdulillah, keadaan Zamani kini beransur pulih tapi belum sembuh sepenuhnya. Dia boleh bercakap tapi masih belum boleh menyanyi.

Suara Zamani masih belum pulih sepenuhnya.

“Sejak semalam (Rabu), Zamani membuat pemeriksaan doktor dan menerima suntikan untuk merawat suaranya.

“Rawatan dan suntikan itu juga akan dilakukan sehingga suaranya kembali pulih,” kata Aalan ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Dalam Gegar Vaganza ke 5 (GV5) Ahad lalu Zamani gagal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada minggu kelima konsert kerana peti suaranya koyak.

Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila penaja utama program tersebut, Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan imuniti untuk menyelamatkan Zamani daripada penyingkiran.

Dalam pada itu, Aalan memberitahu Zamani membuat keputusan untuk tidak mensia-siakan peluang yang diberikan pihak Astro itu dan tetap akan tampil biarpun kesihatannya belum pulih.

Kata Aalan, keputusan itu dilakukan bukan paksaan mana-mana pihak namun atas kerelaan Zamani yang memikirkan tanggungjawabnya terhadap program tersebut serta sokongan peminat.

Zamani memikirkan tanggungjawab dan komitmen terhadap program GV5.

Sumber: mstar

“Insya-Allah Zamani akan teruskan juga persembahannya pada minggu ini. Dia tidak mahu sia-siakan peluang yang telah diberikan kepadanya.

“Keputusan untuk teruskan itu juga bukan disebabkan paksaan daripada mana-mana pihak tetapi atas kerelaan dia sendiri.

“Zamani berasa bertanggungjawab dan mahu berikan komitmen kepada program tersebut dan dia lakukannya demi sokongan peminat dan tidak mahu mengecewakan mereka,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar Online pada Rabu, Zamani memohon maaf kerana tidak dapat menyampaikan lagu Ahad lalu.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat, juri tetap, Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan Datuk AC Mizal dan pengacara GV5 yang memberi sokongan pada malam tersebut.

Sumber : MHE TV & oh mopress

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top