Uncategorized

Keluarga juruterbang harap keajaiban berlaku

Kemaatian Bhavye Suneja, juruterbang pesawat Lion Air JT610 memberi tamparan hebat kepada keluarganya yang menetap di Mayur Vihar, timur Delhi.

Suneja membesar di Mayur Vihar dan bersekolah di Sekolah Awam Ahlcon di daerah yang sama.

Dia tinggal bersama isterinya di Jakarta, Indonesia manakala ibu bapanya di Delhi.

“Saya harap ada orang membawa khabar gembira bahawa dia masih hidup,” kata ibu saudara Suneja.

Ibu bapa Suneja berlepas ke Jakarta pada petang Isnin manakala beberapa saudara maranya yang lain menunggu di kediaman mereka.

Suneja bersama isterinya.

Bapa saudaranya memberitahu IANS bahawa keluarga Suneja menunggu kepulangannya sempena sambutan Deepavali, sama seperti setiap tahun.

“Dia membesar di rumah ini… Dia pulang untuk Diwali dan keluarganya amat teruja… Ia waktu yang sukar untuk kami dan keluarganya,” katanya.

Jiran Suneja, S. Sen berkata keluarga juruterbang berusia 31 tahun itu amat teruja menanti kepulangannya.

“Keluarganya amat peramah… tetapi ia waktu yang sukar untuk mereka. Ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Pesaawat Lion Air JT610 yang diterbangkan Suneja terhempas ke perairan Karawang, Jawa Barat kira-kira 13 minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin. – www.ndtv.com

Update terkini

LEBIH banyak serpihan pesaawat dan anggota badan manusia dipercayai milik maangsa naahas pesawaat Lion Air JT610 ditemui terapung di perairan Karawang, Jawa Barat pada Selasa.

Ketua Polis Jawa Barat, Agung Budi Maryoto berkata serpihan pesaawat dihanyutkan ke Tanjung Karawang, sekitar tiga batu nautika dari lokasi nahass, akibat pergerakan arus laut.

Pesawat Boeing 737 Max 8 itu berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkalpinang dilaporkan hilang dari radar pada pukul 6.30 pagi Isnin lalu dan dipercayai terheempas kira-kira 13 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Antara objek yang ditemui terapung di perairan Karawang.

Agung berkata misi mencari maayat mangsaa nahaas sukar ketika ini kerana mayatt-mayaat tersebut mulai tenggelam ke dasar laut.

Sementara itu, pasukan penyelam dari unit khas tentera laut Indonesia turut menjumpai dua bahagian badan manusia dari dasar laut pada Selasa.

Mayaat tersebut dimasukkan ke dalam dua beg dan diserahkan kepada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas).

Pihak berkuasa Indonesia berkata semua objek yang dijumpai termasuk cebisan daging manusia dan serpihan pesawat akan dikumpul di Tanjung Priok untuk dianalisis.

Sementara itu, anggota badan manusia yang ditemui akan dihantar ke hospital untuk proses pengecaman. – china.org.cn

Sumber : mstar

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top