Uncategorized

‘Tak Ada Keperluan Pakai Stoking’ – Gara-Gara Terbelit Benang, Jari Bayi Hitam & Terpaksa Dibuang

Semalam viral perkongsian sebuah klinik di Terengganu dimana seorang bayi terpaksa dibedah jarinya. Pada awalnya, bayi itu dijemput oleh pengasuh setelah tamat kerja dalam keadaan sudah lengkap siap berpakaian tidur.

Namun, ketika ingin dimandikan keesokan pagi didapati jari bayi sudah mula hitam. Apabila diperiksa rupanya benang sarung tangan secara tidak sengaja terlilit di jari tengah bayi.

Benang sarung tangan terlilit jari

Jari mati dan terpaksa dibuang

Tidak ada keperluan pakai stokin

Pastikan tempat tidur anak selamat

 

 

Hair Tourniquet Syndrome adalah kejadian di mana sehelai rambut mampu melilit bayi hingga menyebabkan darah dan jari anak bengkak serta membiru!

Kita sedia maklum, bayi memiliki kulit yang nipis berbanding orang dewasa. Bahkan, jari tangan dan kaki bayi juga sangat kecil. Jadi, apabila bayi anda suka bermain dengan rambut ibu, lebih baik anda berwaspadalah dengan risiko hair tourniquet syndrome.

Apa itu hair tourniquet syndrome (HTS)?

Hair tourniquet syndrome terjadi ketika sehelai rambut atau benang mampu terlilit di bahagian jari kaki atau tangan bayi. Ia terjadi apabila lilitan berkenaan menjadi terlalu ketat dan sukar untuk dilepaskan.

Penyebab sindrom ini sinonim dengan rambut ibu atau pengasuh, selain selembar benang dari pakaian bayi yang kemudian terlilit pada jari si kecil.

Lebih buruk lagi apabila jari terlilit dek rambut tadi begitu ketat hingga membuatkan kulit bayi terluka dan aliran darah terhenti.

Hal ini juga boleh terjadi ketika sedang tidur, biasanya di bawah selimut yang mempunyai benang yang terlepas dari jahitan lantas berpotensi terlilit pada jari bayi.

Bayi 19 minggu hampir kehilangan jari dek Hair torniquet syndrome

Hair torniquet syndrome pernah dialami oleh Molly, puteri dari pasangan Scott dan Jessica Walker. Di atas apa yang terjadi, pasangan ini terus berkongsi kejadian tersebut di sosial media sebagai peringatan kepada ibu bapa lain.

Scott memberitahu anak perempuannya itu hampir saja kehilangan jarinya kerana terlilit sehelai rambut. Ketika itu Molly baru berusia 19 minggu dan beliau tiba-tiba berteriak menangis pada waktu makan tengah hari.

Saat itu, Molly menjadi semakin tidak selesa dan badannya seakan demam. Jessica, isteri Scott kemudian membuka sarung kaki Molly supaya si kecil itu lebih dingin dan selesa. Pada ketika itulah, Jessica menyedari terdapat sehelai rambut telah melilit jari kaki anaknya.

Scott mengaku, sebelum ini beliau tidak pernah mendengar insiden HTS ini.

“Ketika melihat HTS di kaki bayi kami, ia membuatkan kami berasa cemas. Tetapi saya beruntung memiliki isteri jururawat hingga boleh membuang rambut itu dari jari Molly dengan hanya beberapa minit,” katanya.

“Ini adalah situasi yang cukup menakutkan bagi kami, meskipun ia berakhir dengan baik dan terkawal, tetapi saya berharap ibu bapa lain tidak mengalami yang sama.

Dr. Debi Gillboa mengatakan HTS merupakan salah satu risiko yang harus dihadapi oleh ibu bapa yang ada bayi.

“HTS adalah situasi di mana bayi akan meraung kesakitan dan tidak boleh duduk diam. Oleh sebab itu, adalah baik sekiranya ibu bapa muda mengetahui lebih lanjut berkaitan HTS supaya bila insiden ini terjadi anda tahu tanganinya sendiri sebelum ia menjadi buruk.

Tanda-tanda Hair Torniquet Syndrome

Bayi tiba-tiba meraung dan menangis yang tak boleh ditenangkan. Ini kerana biasanya bayi memakai sarung kaki jadi apabila kakinya terbelit dek rambut atau benang, sukar ibu bapa untuk melihat. Jika anda melihat tanda seperti ini, periksa semua jari-jari anak anda.
Jari kaki atau tangan membengkak. Hal ini terjadi karena pengaliran darah terhenti hingga membuatkan jari yang terlilit menjadi bengkak dan membiru.

Apa yang harus dilakukan jika terjadi Hair Torniquet Syndrome?

Jika bayi menangis tanpa alasan yang jelas, buka semua pakaiannya, kemudian lakukan pemeriksaan dengan teliti pada seluruh anggota tubuhnya. Bahkan di area kemaluan untuk memastikan tidak ada benang atau rambut yang melilit bahagian tubuhnya yang kecil.
Bila anda menemui ada rambut atau benang yang terlilit di jarinya, ambil gunting untuk melepaskan jari bayi dari lilitan benang atau rambut tersebut. Lakukan dengan perlahan dan hati-hati agar proses tersebut tidak melukai bayi.
Gunakan sesuatu seperti sepit rambut yang tipis dan tidak tajam, selipkan di antara rambut dan kulit bayi, lalu angkat rambut secara perlahan.
Sekiranya agak sukar untuk membuang rambut yang terlilit di jari bayi dan bimbang untuk melakukannya,

 

(function(){function e(a){return"number"==typeof a}function f(a,b,c){return a.call.apply(a.bind,arguments)}function g(a,b,c){if(!a)throw Error();if(2=b||0>=c||0>l||0>d?!0:l>=this.a.left&&b-l>=this.a.right&&d>=this.a.top&&c-d>=this.a.bottom}b||(a.preventDefault?a.preventDefault():a.returnValue=!1)};function m(a,b){b||(b="");b=new k(b);b.b=a;a=b.b;var c=h(b.c,b);a.addEventListener&&a.addEventListener("click",c,!1);return b}var n=["googleInitIc"],p=this;n[0]in p||"undefined"==typeof p.execScript||p.execScript("var "+n[0]);for(var q;n.length&&(q=n.shift());){var r;if(r=!n.length)r=void 0!==m;r?p[q]=m:p[q]&&p[q]!==Object.prototype[q]?p=p[q]:p=p[q]={}};}).call(this);googleInitIc(document.body,” 10,10,10,10′);

​

Sumber : Bel Nawhen , Klinik Perubatan Ikram, Gong Badak the asia parrent indonesia

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top