Uncategorized

Sejarah yg kian dilupakan.Gara-gara pesta araak, gadis ini dilaanggar & terbaakar.

MASIH INGAT LAGI?

Dimuatnaik semula sebab Oktoberfest datang lagi!! Dan penganjurnya mungkin sudah lupa kes J Saburido.

Ramai yang tidak mengenali siapa Jacqualine Saburido. Wanita 40 tahun ini adalah mangsa yang masih hidup dan merana sepanjang hayat akibat kemalangan maut, apabila kereta yang dinaiki bersama 4 lagi teman bertembung dengan kereta Reginald Stephey yang memandu dalam keadaan mabuk.

Pada 19 September 1999, Stephey mengambil keputusan untuk memandu sendirian untuk pulang selepas mabuk menghadiri majlis parti arak bersama kawan-kawannya.

Akibat kemalangan di Austin Texas ini, dua orang kawan Jacqualine mati di tempat kejadian. Dua lagi rakannya terselamat dengan kecederaan, namun yang paling tragis adalah Jaqualine sendiri kerana beliau terperangkap di dalam kereta yang terbakar.

Beliau yang ketika itu berusia 21 tahun akhirnya berjaya dibawa keluar dan diterbangkan ke unit kebakaran di Galveston dan disahkan mengalami kebakaran tahap kedua dan ketiga kepada hampir 60% dari tubuhnya.

Jari jemarinya terpaksa di potong, beliau kehilangan seluruh rambutnya, hidung, telinga, bibir, kelopak mata dan hampir keseluruhan penglihatan. Semenjak peristiwa tersebut, beliau menjalani lebih dari 120 pembedahan susulan, termasuk pemindahan kornea untuk mendapatkan semula sebahagian fungsi mata kirinya.

Google sahaja nama beliau untuk melihat wajah beliau kini dan wajahnya sebelum kejadian. Beliau tampil dalam pelbagai rancangan TV termasuk Oprah Winfrey Show dan Australian 60 minutes untuk mendidik manusia tentang bahaya memandu dalam keadaan mabuk.

Malangnya kisah sedih ini semakin dilupakan. Kini di seluruh dunia, setiap kali datang bulan Oktober, hampir pasti pesta arak atau Beer Festival akan dianjurkan. Malaysia tidak terkecuali dan ini terus menimbulkan kontraversi dan ketidaksenangan khususnya di kalangan masyarakat Malaysia prihatin yang tidak mahu melihat peristiwa yang melanda Jacqualine Saburido ini berulang.

Sekalipun pesta arak kononnya untuk non-Muslim, tetapi tiada jaminan untuk orang Islam tidak terlibat dalam penganjurannya atau menyertainya secara langsung. Apalagi di buat di Mall tempat terbuka.

Penyokong pesta arak biasanya berhujah bahawa ini adalah hak kebebasan mereka untuk mabuk dan melakukan parti sesuka hati.

Hampir seluruh masyarakat Islam yang menjadi penduduk majoriti negara amat sensitif terhadap isu arak yang jelas adalah haram disisi agama.

Penganjur dan penyokong pesta arak ini juga akan terus berdalih bahawa ini telah dianjurkan sekian lama dan merupakan kebebasan hak buat mereka.

Jika hendak minum juga, minumlah secara senyap tanpa perlu berpesta, yang jelas lari dari kehendak perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara, sebagaimana Perkara 3 dalam perlembagaan persekutuan dan ini mesti dihormati semua pihak dalam negara.

Ini adalah agenda Barat terhadap anak-anak muda kita.

Jika ingin mengambil pengajaran dari peristiwa Jacqualine Saburido, pesta arak adalah sesuatu yang seharusnya dikekang dan masyarakat seluruhnya diajak untuk kembali kepada kehidupan beragama. Pengharaman arak telah jelas di dalam Al-Quran melalui ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah (Ayat 219) dan An-Nisa’ (ayat 43, 90 dan 91). Malah larangan meminum arak ini juga terdapat dalam agama lain termasuk Kristian.

“Barangsiapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu dengan hatinya. Maka itulah selemah-lemah iman” – Riwayat Muslim.

Dalam Islam tiada di sana bahasa dosa awam vs dosa peribadi. Yang bercakap sebegini sebenarnya mencedok dari cara fikir Barat lalu disalut dan disadur kononnya inilah Islam.

Arak itu tetap haram, baik dilakukan tertutup mahupun terbuka.

-Ustaz Omar Kassim

Kredit: Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA Eropah

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top