Uncategorized

Jangan gelar anak saya ‘monyet’ dia terasa

Setiap daripada kita telah dianugerahkan Allah dengan keistimewaan dan keunikan yang tersendiri, begitulah yang dialami oleh Nurul Afidah Baltisya Razia yang dilahirkan dalam keadaan badan dan muka berbulu. Sebelum ini kanak-kanak ini pernah tular di laman sosial ketika dia berumur 4 tahun, kini Afidah sudah berusia 10 tahun.

Memetik laporan Astro Awani hari ini, kanak-kanak yang berasal dari Bachok Kelantan itu, sering menjadi mangsa ejekan daripada rakan kerana keadaan dirinya yang berbulu. Panggilan ‘monyet’ sering diberikan rakan sekolah, dan dia selalu berkecil hati apabila dipanggil dengan panggilan begitu.

Menurut ibunya anaknya sentiasa ingin menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sebaya yang lain. Dia sentiasa bertanyakan, mengapa dirinya berbeza daripada rakan yang lain, namun ibunya Asliza Omar sering mengingatkan anaknya bahawa dia adalah seorang kanak-kanak yang comel dan unik.

Pada awalnya, Afidah mempunyai kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, tapi lama-kelamaan dia sudah boleh membiasakan diri dan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah.

Saya cantik dan unik!

Ibunya berkata, pernah juga sekali Afidah melenting kerana diejek rakan sekelas, ketika dia berada di tahun satu. Namun sekarang anaknya sudah semakin cerdik, jika ada sesiapa mengejeknya dia akan mempertahankan diri.

“Saya cantik dan unik!” adalah ungkapan yang sering menjadi kekuatan buat dirinya.

Jangan malu, dik.

Rata-ratanya netizen memberikan respons positif dengan menulis kata-kata semangat kepada adik Afidah supaya yakin kepada diri dan semoga dapat menjalani kehidupan dengan positif.

Sumber : Astro Awani via taikotai

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top