Uncategorized

Inilah cara membezakan ikan keli makan dedak atau makan babi.

Ikan Keli merupakan ikan air tawar dan banyak terdapat di kawasan sawah dan paya. Di Malaysia, penternakan ikan keli merupakan salah satu cabang penyumbang ekonomi bagi bidang pertanian.

Masakan ikan keli kebiasaannya boleh didapati dimana-mana gerai makan nasi campur. Resepi popular untuk masakan ikan keli adalah seperti masak sambal kering dan sambal cili padi. Kedua-dua jenis masakan ini memang betul-betul kaw! kaw! sedap. Selain itu masak lemak cili padi juga menjadi kegemaran ramai.

Tetapi banyak kali kita dikejutkan dengan kes ternakan ikan keli yang diberi makan dari sumber yang haram di makan oleh muslim, contohnya dari daging ‘BABI’ dan benda-benda kotor yang lain.

Jom kita lihat perbezaan ikan keli yang makan bangkai dan makan dedak :

Makan bangkai (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi.

· Kepala berbentuk ‘V’· Bentuk badan mirip torpedo · Badan berwarna hitam berkilat · Bahagian bawah badan berwarna putih melepak · Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning · Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak]

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)· Kepala berbentuk ‘U’ · Bentuk badan tirus · Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat · Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu · Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan · Digoreng tidak meletup

Diharapkan semoga info ini berguna kepada anda sewaktu hendak membeli ikan keli dipasar.

Sumber: mynewsvibes

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Apakah hukum makan ikan keli atau patin yang diberi makan daging khinzir?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam menjawab soalan ini, isunya terkait hukum memakan haiwan Jallalah, yakni haiwan yang halal dimakan tetapi memakan najis, ialah makruh tanzih menurut pendapat muktamad dalam mazhab al-Syafie. Perkataan “Jallalah” pada asalnya merujuk kepada unta yang memakan tinja haiwan sehingga nyata bau busuk keluar daripada haiwan tersebut. Namun hukumnya juga terpakai kepada haiwan-haiwan lain yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan ayam.

Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai bagaimana cara hendak mengenali haiwan Jallalah. Sebahagian mereka berpendapat jika majoriti makanan haiwan berkenaan ialah najis maka ia diiktibar menjadi haiwan jallalah. Manakala sebahagian lain, termasuklah ulama mazhab Syafie, tidak mensyaratkan banyak atau sedikit, tetapi apabila zahirnya bau dan bau tengik atau busuk najis tersebut, seperti bau tinja yang dimakan itu, daripada haiwan tersebut, atau berubah dagingnya, pada warna, bau dan rasa.

Fuqaha juga berselisih pendapat pada hukum memakannya. Sebahagian mereka menyatakan halal memakannya, sebahagian juga mengatakan haram memakannya. Pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafie ialah makruh tanzih. Ini berdasarkan hadis Ibn Umar R.anhuma:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ الْجَلَّالَةِ وَأَلْبَانِهَا

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang daripada memakan haiwan Jallalah dan susu-susu daripada haiwan berkenaan.

Hadis riwayat Imam Abu Daud (no. 3785).

Daripada Ibn Abbas R.anhuma:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ لَبَنِ الْجَلَّالَةِ

Maksudnya: Bahawasanya Nabi SAW melarang daripada meminum susu daripada binatang Jallalah.

Hadis riwayat Imam Abu Daud (no. 3786).

Meskipun hadis berbentuk larangan, namun larangannya bersifat makruh tanzih kerana kuantiti najis itu tidak cukup banyak untuk mengubah daging itu, justeru ia tidak menjadi haram. Larangan ini juga mencakupi hukum bagi telur, contohnya telur ayam atau burung.

Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (9/28), Nihayah al-Muhtaj (8/156), al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/558-559) dan Sahih Fiqh al-Sunnah (2/344-345)

Para ulama juga berpendapat cara untuk menghilangkan hukum makruhnya ialah:

  • Dengan mengkuarantinkan haiwan Jallalah sehingga bau busuk itu hilang;
  • Dengan memberi makan makanan yang halal sehingga hilang baunya;
  • Mengkuarantinkan selama tiga hari atau lebih sehingga hilang baunya. Inilah pendapat dalam mazhab Hanbali. Rujuk Al-Mughni oleh Imam Ibn Qudamah (9/414). Begitu juga pendapat Ibn Umar dalam hal ayam Jallalah. Rujuk Musannafoleh Ibn Abi Syaibah (no. 24608). Imam Ibn Hajar mengatakan sanadnya sahih. Rujuk Fath al-Bari (12/498).

Justeru, melihat kepada keterangan di atas, ikan keli atau patin yang diberi makan daging adalah termasuk dalam kategori Jallalah jika zahir bau dan bau tengik daging babi tersebut. Sebagai langkah berhati-hati dan keluar daripada khilaf, kami berpendapat agar dikuarantinkan ikan tersebut selama 3 hari sehingga hilang bau najis sebelum dimakan atau dijual.

Wallahua’lam.

Sumber: muftiwp.gov.my

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top