Uncategorized

“AYAH KAN BAIK, JADI ALLAH JAGA & SAYANG. SEBAB TU AYAH PERGI DEKAT ALLAH. TAK BALIK DAH.” SEBAK BACA PESANAN ISTERI BOMBA PADA ANAK!

Tenang dan sesekali tersenyum namun di hati siapa yang tahu. Pemergian suami tersayang dalam satu kejadian leemas baru-baru ini pastinya meninggalkan impak bukan sahaja kepada dirinya bahkan keluarga. Malah seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi kesedihan tersebut.

Adnan Othman, 33 merupakan salah seorang dari 6 anggota bomba yang meninggaal dunia akibat leemas sewaktu mengikuti operasi menyelaamat seorang remaja di sebuah lombong di Puchong 3 Oktober lalu.

Norshamiza Salleh, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Miza berkata, kejadian itu hanya diketahui kira-kira pukul 10.30 malam tadi selepas dihubungi rakan setugas Allahyarham.

“Suami saya memulakan tugas pada pukul 8 pagi dan sepatutnya habis pada pukul 8 malam, tetapi suami ada menghubungi dan beritahu ada operasi di Cyberjaya. Waktu itu, saya  macam biasa je tak ada sebarang perubahan.

“Cuma lepas jam 10 malam arwah belum pulang, saya mula rasa bedebar-debar. Kemudian, saya bawa anak-anak siap untuk tidur. Waktu itu, saya terdetik nak ambil telefon yang tengah charge. Kemudian, masuk panggilan dari  kawan suami, Syazwan yang bertanyakan tentang aarwah.

“Saya cakap dia belum pulang. Kemudian Syazwan beritahu ada masalah ketika operasi tersebut dan meminta saya bersabar banyak-banyak. Tetapi jangan fikir yang bukan-bukan lagi katanya. Sebagai isteri mula rasa tidak sedap hati, menggigil badan dan tak tahu kat mana nak cari info. Jadi saya google di Facebook tentang leemas di Cyberjaya dan nampak video yang orang muat naik.

“Disebabkan tak puas hati saya mula bersiap dan kebetulan jiran bernama Wak yang juga baik dengan aarwah datang untuk bertanyakan hal tersebut. Sebelum itu, saya hubungi Balai Bomba Shah Alam dan mereka beritahu ada kes leemas melibatkan dua anggota dan mereka sebut nama arwah. Kemudian minta Wak bawa saya ke balai bomba dan waktu itu saya hanya sempat bawa botol susu anak dan air sebotol.

“Kemudian, kakak ipar telefon dan waktu itu saya dah mula cuak. Ini beritanya ke?. Tetapi  kakak ipar bertanyakan aarwah kerja bila esok sebab ayah kena pergi hospital untuk pemeriksaan. Jadi, tak ada lagi berita buruk dan saya terus ke balai. Selepas itu, Syazwan telefon sekali minta saya ke hospital Serdang. Ketika itu saya tak fikir akan berlaku tragedi dan ingat kemalaangan biasa.

“Nampak sahaja hospital tersebut, telefon berdering lagi dan Syazwan meminta saya terus ke bilik maayat. Waktu itu saya hairan, kenapa nak kena pergi bilik mayat, dalam masa yang sama saya dah mula rasa aarwah dan tinggalkan kami. Waktu itu, abang aarwah ada hubungi saya dan beritahu hal tersebut. Jadi saya maklumkan dia. Minta dia beritahu hal tersebut kepada mak ayah aarwah.

“Kemudian, saya hubungi ibu saya dan beritahu aarwah macam dah tak ada dan ibu pun terus datang ke hospital. Sampai di bilik maayat, saya diminta buat pengecaman dan saya dan ibu mentua pergi kerana hanya dua orang dibenarkan masuk waktu itu. Ketika nak masuk,  anak sulung menangis sebab nak tengok ayahnya. Jadi mak saya pujuk lalu saya masuk dengan ibu mentua.

“Lepas buka kain penutup tu ibu mentua dah lemah dah dan saya terus cakap  ini suami saya Adnan Othman.,”cerita Miza lagi yang cukup tenang dan menerima  pemergian aarwah suami dengan reda.

Norshamiza menerima kunjungan Ketua Pengarah Selangor Tuan Azmi Osman di rumah mentuanya semalam.
Ketua Pengarah Selangor, Tuan Azmi Osman menyerahkan sumbangan kepada Norshamiza dalam sesi lawatannya ke rumah aarwah Adnan semalam.

Allahyarham Adnan meninggalkan dua anak perempuan iaitu Aisyah Damia, 5, dan Alia Maisarah, 2.

Usai selesai beedah siasat, Miza mengejutkan anak sulungnya yang sedang tidur untuk membawanya melihat ayahnya buat kali terakhir.

“Waktu itu Mia tengok dan cium ayahnya lalu tanya kenapa dengan kepala ayah sebab ada kesan pembedahan. Saya cakap kan ayah sakit jadi doktor ubatkan kepala ayah lah tu. Mia cakap mesti rambut ayah cepat tumbuh lepas ni kan ibu. Itulah ayat Mia.

“Kemudian saya beritahu Mia lagi, ayahnya terus tidur dan takkan bangun lagi. Ayah dah pergi dekat Allah, dan waktu jumpa ayahnya memang saya dah terangkan pada Mia. Ayah kan orang yang baik, Allah jaga dan sayang dan ayat itulah yang saya ulang-ulang pada Mia.

Aarwah Adnan yang cukup disenangi keluarga dan rakan-rakan kerana sikapnya yang peramah dan baik orangnya

“Tetapi waktu melihat wajah ayahnya kali terakhir sebelum dikapankan, Mia bergenang air mata. Selepas salam dan cium ayahnya dan imam nak tutup wajah arwah Mia mula meraung kenapa ayah macam tu dan dia nak ayahnya,” ujar Miza yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah kolej.

Ahli Perisma Selangor turut mengiringi Tuan Azmi Osman ke rumah keluarga aarwah Adnan Othman semalam.
Ahli Perisma Selangor yang hadir memberi sumbangan serta sokongan moral kepada Norshamiza.

Tuan Azmi ketika memberikan kata-kata semangat buat ayah asrwah Adnan.

Mengakui rutin harian tetap berjalan seperti biasa, cuma selepas ini tiada lagi insan tersayang bernama suami dan ayah yang menemani mereka anak -beranak.

“Rutin seperti biasa cuma lepas ini adik lelaki akan menemani dan duduk bersama kami. Sebelum ‘pemergian’ aarwah memang tiada sebarang petanda cuma dia selalu sebut penat kerja dan nak mohon SPA.

“Kebetulan aarwah baru sahaja dapat  ijazah baru-baru in. Malah, kami berdua sempat keluar berdua tengok wayang bersama. Itulah ayat yang aarwah muat naik dalam facebooknya dengan gambar throwback 2013.

“Status aarwah pun syahdu sejak kebelakangan ini. Kalau diikutkan arwah bukan jenis yang romantik, tetapi ayatnya memang syahdu. Saya pun perasan statusnya dengan ayat “apapun pilihan kita .. mati. Dia ada memuat naik ayat sama di status WhatsApp. Jadi saya komen, cakap bukan main ayat sekarang. Namun arwah yang ketawa dan kongsikan video Mia yang dia ambil sebelum ini.

Siapa sangka, aarwah pergi kerja macam biasa namun malamnya dia dah takde. Menurut Miza lagi, aarwah sejak kebelakangan ini tak banyak cakap berbanding sebelum ini. Dia banyak memerhati dari bercakap. Dengan anak-anak pun sama.

“Pagi terakhir sebelum aarwah ke tempat kerja biasanya kami akan keluar bersama cuma berpisah ikut ke tempat kerja masing-masing. Tetapi pagi tu, yang bongsu merengek dan arwah cakap sudah pukul 7 lebih.

Kenangan bersama aarwah

“Jadi saya minta dia pergi kerja dulu. Lepas bersalaman dan cium tangan macam biasa, aarwah pun keluar dan cakap pergi dulu manakala saya uruskan anak-anak. Memang tiada sebarang perubahan apa-apa waktu itu. Tak sangka pagi dia pergi kerja macam biasa tetapi malamnya dia dah takde.

“Setakat ini anak-anak macam biasa perasan sebab leka bermain. Cuma saya selalu ingatkan dia, “Mia ayah mana’. Dia cakap ayah dah tak de, meninggaal. Adiknya masih kecil belum mengerti apa-apa. Cuma dia selalu tunjuk gambar dan sebut ‘yah yah’,” ujar Miza lagi sebelum menutup perbualan dengan penulis.

Penulis (kiri sekali) turut bergambar bersama Norshamiza dan ahli Perisma Selangor yang hadir ke rumah mentua Norshamiza semalam.

Sumber : remaja

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top