Uncategorized

Perang akan diteruskan: McGregor

DUA hari selepas diaibkan Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan UFC 229, Conor McGregor akhirnya mendapat keberanian untuk kembali berdepan dengan orang  ramai.

Ini selepas petarung kelahiran Ireland itu dilihat memuat naik gambar terbaharunya di laman Twitter ketika bersiar-siar buat kali pertama selepas kekalahan itu.

Gambar tersebut menunjukkan McGregor berpenampilan serba ringkas, namun yang paling mencuri tumpuan ialah kesan lebam yang jelas kelihatan pada mata kirinya.

Hadiah istimewa berupa ‘mata panda’ yang diberikan Khabib itu bagaimanapun belum dapat menginsafkan atlet bermulut lancang itu apabila beliau kembali menghangatkan suasana.

Dalam kapsyen gambar tersebut, McGregor seolah-olah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kekalahan itu selain turut menganggap dirinya masih seorang pemenang.

“Kami mungkin kalah dalam perlawanan tetapi kami menang dalam petempuran. Perang akan diteruskan,” tulisnya.

Terdahulu, bintang kesayangan MMA itu meluahkan keinginan untuk mengadakan perlawanan ulangan dengan Khabib, namun perkara itu sukar direalisasikan ekoran lawannya dari Rusia itu dijangka berdepan penggantungan serta dilucutkan gelaran juara Lightweight dunia.

Hukuman itu menanti Khabib dan kemnya susulan tindakan mereka menyerang kem McGregor selepas tamat perlawanan hingga membuatkan suasana bertukar kecoh.

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top