Uncategorized

Mengamuk Kepada TV3 : Netizen Saran Fathia Latiff Dapatkan Rawatan Mental

Belum pun reda isu melibatkan namanya suatu ketika dahulu, kali ini nama Fathia Latiffsekali lagi hangat diperkatakan. Jika dahulu, pelakon ini pernah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sebuah stesen televisyen swasta popular, kini isu yang sama melibatkan stesen televisyen tersebut dan Bintang Paling Popular ABPBH 31, Wany Hasrita.

Kali ini Fathia Latiff sekali lagi mengamuk dengan stesen televisyen popular, TV3.  Menerusi akaun Instagramnya, Fathia nampak begitu marah sehingga bahasa yang digunakan memang tahap yang sangat tinggi sehingga sukar untuk difahami oleh kami rakyat marhaen.

Tidak Dapat Jemputan Ke ABPBH Punca Mengamuk?

Menerusi Instagram nya, Fathia telah menulis sesuatu sehingga bahasa yang digunakannya dilihat sebagai kasar dengan menyebut nama seorang wartawan hiburan. Dikatakan pelakon ini mengamuk kerana hanya menerima jemputan menerusi wartawan hiburan itu dan dianggap seperti tidak rasmi. Malah dalam kenyataanya yang sama juga, Fathia kononnya telah mempertikaikan kemenangan dan memerli Wany sebaik diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.

Netizen Mula Bosan Dengan Fathia

Melihatkan pada kenyataannya itu yang tidak lama kemudian dipadam dari Instagram nya, rata-rata netizen sudah mula bosan dengan sikap pelakon ini.

Malah ada juga yang menganggap Fathia mempunyai masalah mental yang serius kerana seringkali menunjukkan sikapnya yang agak luar biasa kebelakangan ini.

Malah ada yang menyarankan pelakon wanita itu untuk mendapatkan rawatan mental.

 

 

Diharap Fathia berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Rindu pula untuk tonton drama lakonannya!

Kami pun tidak mengerti apa yang ditulis Fathia Latiff menerusi entri terbarunya semalam. Kenyataan yang sarat dengan kejian buat stesen TV3 itu membuatkan netizen ‘sudah bosan’ dengan perangai Fathia.
Entah apa yang tidak kena dengan Fathia semalam, selain mengecam TV3, beliau juga meluahkan rasa tidak puas hati hanya menerima jemputan ke ABPH daripada wartawan hiburan saja selain mengkritik kemenangan Wany Hasrita.

Rata-rata netizen tidak memahami sikap pelakon itu yang semakin ‘hanyut’ selain kenyataannya yang merepek. Ada juga netizen memohon keluarga atau rakan membantu Fathia yang dilihat seperti ‘mental breakdown’.

Apa yang pasti, seperti post terdahulu juga, Fathia sering memuat naik kenyataan-kenyataan marah kemudian memadamkan kembali. Tidak tahu apa tujuan kenyataan itu dimuat jika ingin memadamnya nanti. (rtky/w)

Rata-rata netizen juga tidak mengerti mengapa Fathia bersikap sebegitu. Mungkin sudah mula naik menyampah dengan sikap beliau, ada yang menyarankan pelakon wanita itu untuk mendapatkan rawatan mental.

Jika benar Fathia ada masalah dengan pihak yang berkaitan, cubalah selesaikan masalah yang dihadapi dengan cara yang lebih matang. Kalau muat naik seperti ini, ia hanya mendatangkan keburukan sahaja. Apa pendapat korang?

VIDEO:

sumber: Hangat.com via beautifulnara

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top