Uncategorized

Kerana menumpahkan air Milo di dalam kereta, gadis kecil ini diminta untuk membersihkannya semula, tetapi cara pembersihan yang dilakukan agak luar biasa…

Melalui satu kiriman Facebook bertarikh 30 September baru-baru ini, seorang gadis kecil telah menghiburkan ramai pengguna internet dengan tindakan spontannya yang membasuh kereta ibunya. Gadis kecil yang manis itu, Nurul Izzah dikatakan telah menumpahkan air Milo di dalam kereta ibunya.

Berikutan hal itu, ibunya telah meminta Izzah membersihkan semula kekotoran yang dilakukan. Mungkin kerana berasa bersalah dengan ibunya, Izzah segera mengambil hos air untuk mencuci kereta ibunya, lengkap dengan sabun, berus dan penyapu!

Kredit: Emmi Muhammad Shah/Facebook

Semua hal ini berlaku ketika ibunya sedang menonton filem Tamil di dalam rumah dan tidak sedar akan kekacauan yang lebih besar yang dilakukan oleh anaknya itu.

Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mencuci kereta, Izzah kemudian membuka hos air dan mula menyiram bahagian dalaman kereta, yang secara tidak langsung telah menjadikan kereta itu tidak ubah seperti telaga air. Dia juga turut menuang sabun pencuci di tempat duduk dan permaidani sebelum memberusnya!

Kredit: Emmi Muhammad Shah/Facebook

Kredit: Emmi Muhammad Shah/Facebook

Anda mesti tertanya-tanya, jika gadis kecil ini sibuk memberus kerusi dan ibunya sibuk menonton TV di dalam rumah, maka siapa yang mengambil semua gambar ini? Nah, abangnya, yang menahan ketawa sambil menyaksikan telatah adiknya yang naif itu.

Kredit: Emmi Muhammad Shah/Facebook

Kredit: Emmi Muhammad Shah/Facebook

Setelah melihat sesi pembersihan yang dilakukan oleh Izzah, ibunya hanya mampu mengeluh. Pun begitu, dengan apa yang telah dilakukan, Izzah masih mempunyai keberanian untuk meminta ibunya membelikannya Maggi goreng dan air Milo ais kerana dia telah membantu ibunya untuk membasuh kereta. Lucu sungguh!

Apabila Izzah ditanya tentang cara untuk mengeringkan tempat duduk yang basah kuyup itu, dia berkata dengan santai, “Mustahil untuk menggantungkan kereta dan mengeringkannya. Mengapa tidak kita hanya membuka pintu kereta, tingkap dan ruangan simpanan belakang kereta?”

Kredit: Emmi Muhammad Shah/Facebook

Kata ibunya, sehingga saat ini Izzah tidak tahu kesalahan yang telah dilakukannya. Dia begitu suci! Kiriman ini telah menjadi tular dan menghiburkan ramai orang sehinggalah ke negara Indonesia!

Sumber: World of Buzz, Emmi Muhammad Shah/Facebook

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top