Uncategorized

Baru 23 Hari Berpantang, Isteri Dah Berani ‘Bersama’ Suami, Esoknya Keluar Daarah Banyak

Berani sungguh isteri usia muda yang menghubungi Puan Suzima Hazish pengasas jamu Suzy Honey Herbs ini. Semasa berpantang hari ke 23, ibu muda ini telah ‘bersama’ dengan suami yang dimaklumkannya tinggal berjauhan dengannya.

Tapi ini bukan soal berani atau tak. Ia lebih pada soal kesihatan tubuh ibu muda itu sendiri. Seharusnya suami tak menggunakan alasan susah nak jumpa isteri demi memenuhi tuntutan ‘bersama’ pasangannya.

“Pagi ini ada kes. Seorang ibu dalam pantang wassap saya.

“Kak, saya nak tanya sedikit. Saya dalam pantang sudah masuk 23 hari. Darah nifas dah mulai kering. Bersalin anak kedua. Kebetulan jahitan luka saya pun sudah mulai baik.

“Sebab jahit sikit saja. Saya bersama dengan suami baru-baru ini. Tak dapat nak elakkan. Sebab saya dan suami tinggal berjauhan. Bila berjumpa…terjadilah.

“Lepas tu, esoknya saya keluar daarah banyak. Ini daraah haaid ke kak? Dan badan saya sakit. Habis berdenyut satu badan.

“Tolong lah kak, apa perlu saya buat. Silap saya kerana tak sampai habis tempoh pantang sudah melakukan hubungan.”

Dan wassap itu buatkan Puan Suzy terpaksa menarik nafas dalam-dalam. Memang sukar untuk membayangkan apa yang sudah berlaku.

“Sebaiknya adik ini segera ke klinik/hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.” Dan hadamkan nasihat lanjut dari Puan Suzy ini ya mak-mak muda. Untuk panduan kita bersama juga.

Ini Nasihat Saya Untuk Semua Tentang ‘Bersama’ Dalam Tempoh Pantang

Zaman sudah terlalu moden dan tidak dinafikan ramai para ibu muda yang sudah tidak mengambil berat akan kepentingan dan adab dalam berpantang. Boleh dikatakan berbeza cara berpantang zaman dahulu dan sekarang.

Zaman kami yang emak-emak ini ( macam saya ) sangat takut bila bab berpantang ini. Bersungguhlah kami mengikut cakap mak bidan dan pesan orang lama.

Zaman sekarang ini, ibu dalam pantang mereka seakan bebas mengambil apa sahaja pemakanan dan melakukan aktiviti harian seperti membeli belah, kemas rumah, naik kereta ke sana sini ada juga keluar bersiar waktu malam. Seolah kedatangan nifaas ini seperti waktu kedatangan haaid saja!

Akibatnya ibu-ibu ini mudah diserang sakit-sakit badan dan sakit sendi seperti arteritis, rhuematoid arteritis juga reumatisme. Malah ada juga di kalangan mereka ini diserang masalah terencat urat besar atau urat sum di bahagian pinggul yang mengganggu pergerakan mereka ini.

Lagi malang hal ini membuat mereka menderita seumur hidup pun ada. Ada sesetengah kes diserang penyakit lumpuh dan terpaksa berkerusi roda seumur hidup.

HAL YANG PALING TRaAGIS IALAH BILA DALAM PANTANG MELAKUKAN AKTIVITI ‘BERSAMA’. TINDAKAN INI BOLEH MEROSAKKAN SALURAN BAHAGIAN INTIM, PINTU RAHIM DAN RAHIM SECARA KESELURUHANNYA KERANA RAHIM MASIH LAGI UZUR DAN DALAM KEADAAN LEMAH. URAT SARAF, OTOT-OTOT JUGA TISU SALURAN BAHAGIAN INTIM BELUM BERSEDIA LAGI MENERIMA UNTUK MELAKUKAN PERGERAKAN KUAT DAN GESELAN. INI BOLEH MENGAKIBATKAN MASALAH TURUN DAARAH, PERANAKAN RENDAH, TERKELUAR RAHIM ATAU TOMBONG!

Pesanan saya buat ibu dalam pantang supaya merawat dan menjaga diri sebaik mungkin.
Beri masa untuk diri sendiri sihat segar pulih sebaiknya. Jangan kita rasakan kita ini sihat. Padahal urat dan dalaman belum lagi pulih sepenuhnya.

Juga minta kerjasama suami dan keluarga untuk saling menolong memberi kerjasama dan sokongan sebaiknya.

Insha allah. Semoga menjadi pedoman.

Sumber: Mingguan Wanita

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top