Uncategorized

4 Tahun Kahwin Suami Hanya Bertopengkan Agama. Dia Pilihan Ibu Ayah. Bila Saya Cerita Kebrukan Dia Semua Tak Percaya.

Saya masuk 4 tahun kawen. Suami saya orang kuat agama tapi tak amal kan ilmu dia. Dia baik, dipendekkan cite kami disatukan oleh mak ayah saya. Saya knal dia dlu dr parents saya tapi tak adela saya nak terjatuh hati kat dia. Tapi sebab parents, saya ikut kan aje. Saya jumpa keluarga mertua pada hari perkahwinan.

Mula2 kawen kami pjj. Tak lama lepas tu kami dikurniakan anak pempuan. Dia di sarawak, saya di terengganu. Selama dia duk kat sane dia tak pernah bagi duit nafkah. Tan cukup duit katenya. Duit tak hulur, tepon pon tak. Mula saya ingat ade orang ketiga tapi tak. Saya tak tau knapa dia macam tu. Banyak saya nangis, setiap kali saya luah pada dia tapi dia diam dan abaikan…

Keadaan makin keruh bila keluarga mertua tak suka saya. Sebab nak jadi menantu yang pandai ambik hati saya byk berhabis wang ringgit untuk mereka. Tapi saya tak reti masak. Pernah masak tapi tak terusik pon. mgkin tak sedap jadi saya malu. Byk kata2 yang menyakitkan hati,sindir2 tu biasa sampai saya tension nak balik rumah mertua. Suami saya pulak selalu menangkan mereka jadi saya turuntukan aje.

Anak pon terkesan sama. Lagi pulak anak saya lahir dgn komplikasi. Dia slalu nangis2 malam. Katenya anak saya tak macam anak orang lain. Saya penat bila berjaga tiap mlm,saya menyusu badan so saya bgn lambat. Kul 9/10 bru saya bangun sebab siang hari saya takkn dapat ganti tido. Malam tu pula kena berjaga lagi. saya penat sangat, sampai saya tertido masa bawa keta dan eksiden. Tapi sebab saya slalu bgn lambat, saya menantu yang tak baik Pernah mertua bagitau, kalau balik semula masa.saya tak layak pun jadi menantu dia. Tapi suami tetap menangkan mereka.

Masa kami berjauhan suami culas nafkah zahir batin. Lebih teruk bila kamk diuji rumah yang kami beli rosak akibat bencana alam. Saya habiskan rm80k baiki rumah kami.suami takpernah tanya ckup ke duit,takg tgk rumah pon bila dia ada masa or cuti.semua saya urus sendiri smpai la rumah siap. Tukang baiki,tukang paip,letrik semua saya uruskan. Suami hanya cuci kaki dan masuk rumah je.

Bila rumah siap,saya yang tanggung semua isi rumah. Dia takde duit. Tak kirala mase dpt bonus le,tunggakan gaji ke, semua dia abiskan. Tetap takde duit. Saya dan anak takdpt merasa. Even sampai skrg dia takpernah beli kan saya baju. Selain tu dia takhiraukan saya kt rumah. Hidup kami macam housemate.bukan suami isteri. Saya tersiksa. Rasa diri hodoh sangat. Saya slalu luah kat dia.konon berkomunikasi lah bincang masalh. Tapi dia jawab takde msalah. Tak pon dia diam.

Anak dia tak hirau sangat sampaikan anak pon takkesah dia ada ke tak. Satu mase saya hilang sabar,kami gaduh. Saya mintak dia lepas kan saya. tapi dia sungguh2 tak nak. Saya bg dia peluang tapi bersayaarat. Ada 3 sayaarat.

Saya usahakan supaya kami baik semula. Bukan lagi macam housemate tapi takjalan jgk. 5 bln lepas tu terkantoi dia ambil duit tabung anak. Alasan dia pinjam buat niaga. Duit tabung tu saya yang simpan hasil kerja sampingan yang saya buat.ye lah, duit gaji dah berhabis untuk loan. Tutup lubang gali lubang. Byk ribu dia ambil. Saya terkilan sebab saya baru je abiskan 7ribu untuk dia. Selesaikan hutang yang dia janji nak bayar.Masa tu la titik kesabaran saya hilang.sebab dia dah ambil hak anak. dia ganggu hak anak. Saya minta dilepaskan sebab saya dah tak mampu nak tggung beban. Baik dr segi wang, tenaga dan air mata.

Tapi dia sungguh2 tak mau lepaskan. Sebab dia pilihan parents, ape pon yang dia buat semuanya betul termasuk lah tindakan dia ambik duit anak tu. Saya tertekan, harapkan mak ayah tapi hampa. Kata mereka,suami saya orang baik.tak mungkin perangai dia macam tu. Mugkin saya yang disihir sebab tu saya tak suka dia. Saya dalam dilema. Saya dah tak sanggup nak teruskan rumahtangga kami. Tapi saya tak nak dibenci ibu ayah saya. Saya tak nak jadi anak derhaka.

Ape pon yang jadi pada saya lepas ni, saya nak ingatkan pada yang belum berkahwin. Ambil kisah saya sebagai iktibar. pilihan ibu ayah tak relevan pada zaman skrg. Bukan tak bole langsung tapi penting untuk selidik latar blkg dia dan keluarga dia. Kalau pun pilihan sendiri yang jadi calon, jgn percaya pada luaran dia. Jgn terima bulat2. Tanya pada Allah,sampai kita yakin dia orang yang betul. Selidik lah latar blkg dia. Ilmu agama pon boleh jadi topeng dah skrg. Doakan saya kuat ye.

Sumber : kisah rakyat

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top