Uncategorized

Gadis Melayu Ini Dimalukan Kerana Tidak Mahu Pegang Botol Arak

Satu rakaman video yang menunjukkan seorang gadis Melayu menahan malu di sebuah kedai serbaneka viral di media sosial.

Video berdurasi 6 minit 42 saat itu dipercayai dirakam oleh seorang lelaki berketurunan India kerana gadis itu enggan memegang botol arak yang dibelinya dengan alasan ianya haram bagi umat Islam.

Ia sekaligus menyebabkan transaksi pembelian tidak dapat dilakukan sekaligus membuatkan lelaki itu berang.

Lelaki itu dipercayai turut memaki hamun pekerja di kedai serbaneka itu yang dari rakaman tersebut dapat diketahui kedua-duanya berbangsa Melayu.

“Bodoh punya orang. But** dia. Dia boleh cakap macam ni ke? Ha?

“Beli beer dia cakap tak boleh pegang, tak boleh scan. Wei, boleh ke macam ni? Bodoh punya orang,” kata lelaki India tersebut diselang selikan dengan makian.

Lelaki India tersebut sepatutnya menghormati pendirian gadis terebut apabila menolak untuk memegang botol arak secara baik. Tidak perlu dimalukan dengan membuat rakaman dan menyebarkan kepada umum.

Dan adik manis pula, carilah kerja lain jika tidak mahu memegang botol arak. Betul juga lelaki India itu kata, semasa ‘interview’ kerja, adik sepatutnya sudah tahu yang adik terpaksa membuat kerja itu semua.

Bagaimanpun, sikap gadis Malayu ini harus dipuji kerana tidak mahu terlibat dengan arak dan tetap sabar walaupun dihina oleh pelanggan. Semoga adik akan dapat kerja lain yang lebih baik.

Gadis Melayu itu bagaimanapun ‘diselamatkan’ oleh pelanggan lain berbanggsa Melayu apabila diminta untuk menghentikan rakaman tersebut.

Sumber: AbuLeman

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top