Uncategorized

Makwe Lama Kerap Like Status Aku Di Media Social Sehingga Dia Cuba Hancurkan Rumah Tangga Aku Tanpa Aku Sedar.

Aku nak kisahkan dugaan yang aku hadapi sepanjang tempoh jadi suami orang ni. Mula2 nikah semua manis, tapi tu la, Allah bagi dugaan duit cukup2 makan. 3 bulan nikah, bini dah mengandung. Aku mintak dia resign, sebab kitorang pjj, aku nak dia dekat dengan aku. Aku yakinkan diri duit gaji aku cukup untuk sara hidup. Terus terang, bini aku bijak, cantik, sempurna. Tapi ye lah, dah godaan sayaaiton, semua yang haram tu nampak baik. Perempuan2 dekat media sosial aku layankan. Ni lah dugaan dan kesilapan terbesar aku. Betul la orang cakap, lepas nikah, perempuan lain semua nampak lagi baik dari bini yang halal.

Tahun kedua perkahwinan, aku diuji dengan kehadiran bekas makwe aku. Dia seorang wanita yang baik, aurat terjaga, bertudung labuh, bekerjaya, serba serbi ok. Mula2 kitorang friend dekat fb, start dari tu dia selalu like dan komen post2/status2 yang aku up, tak kisah la pasal apa pun dia mesti ada. Mula2 aku takde la nak fikir apa, tapi dah orang selalu muncul, aku pun layan la. Kitorang jadi rapat balik dan mula berhubung Bekas makwe aku ni siap chat bini aku bagitahu pasal hubungan kitorang, walaupun sebenarnya aku takde declare apa2 pun dengan dia. Dari mana entah dia dapat number bini aku pun aku tak tahu.

Bini aku tak bagitau aku, aku sendiri terbaca wasap tu. Kenapa bini aku tak bagitau aku? Kenapa dia diamkan? Masa ni aku pun tak tau dan aku pun buat tak tahu. Aku tunggu je bini aku sound, tapi tak, dia diamkan. Hidup dengan anak bini aku rasa dah jadi mcm hambar. Dengan kewangan tak stabil, serba serbi tak kena. Aku hampir berputus asa. Nak dikatakan kitorang tak solat, aku jaga solat, hari2 duk imamkan bini. Sampailah satu hari ni, lepas je solat jumaat aku terjumpa dengan sorang kawan lama, tak sangka dia dah jadi ustaz. Sembang2 sampai aku luahkan pasal kehidupan aku yang serba tak kena.

Free2 aku kena tarbiah tapi alhamdulillah satu persatu punca terungkai dan aku sedar. Walaupun aku jaga solat, aku tak jaga hubungan aku dengan bini aku mak ayah aku dan keluarga bini aku. Bini aku, aku tak sedar, aku tak pernah nak luangkan masa dengan dia, setiap kali dia nak ajak aku sembang aku buat tak layan, aku lebihkan handphone, dengan media sosial, chat dengan bekas makwe. Masa tu semua pasal bekas makwe aku tu aku rasa indah banding bini sendiri. Mujurlah kena tarbiah, kalau tak, manakan aku nak sedar aku dah terjebak dengan wanita yang harm buat aku walaupun dia serba serbi ok, tapi dah terang2 dia tahu aku ni suami orang, kenapa nak trigger aku dengan add friend, likes dan komen2 kat fb, dan chat aku? Siap ajak aku nikah tau, sanggup nak jadi bini kedua aku. Perwatakan baik, aurat terjaga, tapi ni lah yang orang kata indah khabar dari rupa. Inilah jenis wanita yang tarik lelaki ke neraka. Mata hati aku dikaburi dengan kebaikan dia tapi dalam diam dia cuba utk menghancurkan rumah tangga aku. Seorang wanita yang baik tak kan buat semua tu.

“Letak bini kau kat tempat dia. Bini kau ade buat tak ape yang perempuan tu buat? Dia ade tak cuba berhubung dengan bekas kekasih dia? Kau nak tak bini kau jd wanita seperti itu?” Aku sangat tersentap dengan ayat kawan aku ni.Aku tersedar, sejak nikah, bini aku sangat menjaga kehormatannya. Dia sangat menjaga hubungannya dengan kenalan lelakinya walaupun hanya di media sosial. Jika dibandingkan dengan bekas makwe aku yang hanya pada luarannya baik, betapa tingginya taraf bini aku. Bukan aku nak letakkan salah pada bekas makwe aku tu sorang je, ye salah aku yang gatal duk layan jugak, tapi ye lah, aku ni lelaki biasa mana nak tahan godaan sayaaitan lagi2 yang bertopengkan wanita baik2, sape tak nak.

Balik rumah tu aku terus peluk bini aku, beranikan diri bertanya pasal wasap yang aku terbaca dari bekas makwe aku ke dia Bini aku jawab Saya jaga hubungan saya dengan Allah, saya yakin Allah jaga hubungan saya dengan awak. Saya tahu semua yang awak buat, awak layan perempuan semua saya tahu. Saya cuma berdoa Allah kuatkan hati saya, tak kan buat seperti apa yang awak buat ke saya. Saya bersayaukur awak imamkan saya hari2. Saya bersayaukur rezeki kita, anak kita. Saya sayang awak, kalau awak jodoh saya, tetap akan jadi jodoh saya. Saya berserah dengan Allah”. Gugur air mata jantan aku, betapa mulianya wanita yang aku kahwini.

Mak ayah aku, dari dulu aku ni jenis susah sangat nak call mak ayah. Balik kampung pun susah. Hulur duit pun kadang2 je. Aku lupa tanggungjawab aku kat mak ayah aku. Keluarga bini aku, kalau ada perayaan atau majlis apa2, aku susah sangat nak muncul. Senang citer, memang aku tak gaul sangat dengan family bini aku. Mak ayah mertua aku pun jarang sangat aku nak jumpa, hulur duit tu ada la sekali dua. “Jaga hubungan kau dengan mak ayah, mertua dan keluarga baru kau. Jangan lupa nafkah mak ayah, mertua tu usahakan lah. Senangkan hati dorang, hidup kau pun senang.”

Alhamdulillah, ni dah masuk tahun keempat hidup bersama isteri. Sejak dari tu, aku dah banyak berubah. Walau hal sekecil zarah sekalipun aku kongsikan dengan bini aku. Dialah teman aku dunia akhirat. Hubungn dengan mak ayah, family bini aku dah perbaiki, perlahan2. Alhamdulillah sekarang anak dah 2, rezeki pun melimpah ruah. Harap2 korang boleh ambik pengajaran cerita aku ni.Kepada lelaki dekat luar sana, buanglah miang tu kalau dah nikah. Jangan contohi aku. Kepada perempuan dekat luar sana, para isteri, contohi bini aku. Hehehe. Yang belum kahwin, jagalah maruah diri, jangan contohi bekas makwe aku. Haha. Buat kawan aku yang dah tarbiah aku, terima kasih tak terhingga. Allah je boleh balas jasa kau kat aku. Sekian

Sumber : kisah rakyat.

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top