Uncategorized

‘Hasrat aarwah perlu saya tunaikan’

“Hasrat aarwah memberitahu saya membeli barang kemas untuk diberikan kepada ahli keluarga di kampung seolah-olah waasiat yang perlu saya tunaikan selepas dia pergi,” kata jiran kepada Yahya Ali iatu seorang daripada enam anggota bomba yang terkoorban ketika operasi menyelaamat di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran perumahan D’Islands, Puchong, kelmarin.

Zubaidah Shabiin, 44, berkata, arrwah memaklumkan kepadanya ada membeli rantai emas, bulan lalu untuk dihadiahkan kepada adik perempuannya di kampung di Matu, Sarawak.

Katanya, ketika aarwah membeli rantai berkenaan, Yahya ada menunjukkan rantai itu kepada Zubaidah sebelum memberitahu niatnya itu.

“Saya masih ingat riak wajahnya gembira ketika datang ke kedai makan saya di Kampung Sungai Pinang, Klang untuk menunjukkan rantai emas itu.

“Dia kata mahu memberikan rantai itu kepada adik perempuannya nanti, namun hasratnya untuk melakukan perkara itu tidak kesampaian.

“Saya tidak sangka ketika membantu rakan serumahnya mengemas barangan aarwah kira-kira 9 pagi tadi, kami menemui rantai emas berkenaan yang disimpan di dalam laci di biliknya.

“Kami juga menemui gelang emas yang dibelinya beberapa bulan lalu yang dikatakan oleh Yahya mahu diberikan kepada ibunya,” katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.

Zubaidah yang juga seorang peniaga berkata, dia berhasrat untuk menyerahkan barang kemas berkenaan yang kini dalam simpanannya kepada sepupu Yahya yang akan datang ke Kuala Lumpur minggu depan.

“Pada mulanya, saya berhasrat untuk menghantar barang kemas itu menggunakan khidmat pos. Namun atas nasihat keluarga dan rakan, saya rasa lebih baik barangan itu diserahkan secara terus kepada ahli keluarga terdekat bagi memastikan ia sampai ke tangan ibu serta adik perempuannya.

“Dengan apa yang saya lakukan ini, diharap dapat membantu ahli keluarganya mendapatkan barang kemas itu yang sememangnya hak mereka sekali gus menunaikan hasrat aarwah untuk memberikan barangan berkenaan kepada ibu dan adiknya,” katanya.

Katanya, dia mengenali aarwah tiga tahun lalu sejak Yahya menetap bersama rakan setugasnya di rumah sewa berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Pinang, Klang.

“Kami sekeluarga menganggap Yahya seperti ahli keluarga sendiri memandangkan dia kerap meluangkan masa di kedai makan saya. Malah, dia amat rapat dengan keluarga saya kerana sikapnya yang peramah dan suka bergurau.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 10.45 malam kelmarin, saya amat terkejut dan terus bergegas pulang ke Klang dari Teluk Intan, Perak. Saya kemudian terus ke Hospital Serdang dan membantu ahli keluarganya menguruskan segala keperluan sebelum jenaazahnya dibawa balik ke kampung halaman.

“Kehilangan Yahya amat menyedihkan bagi kami sekeluarga. Kehadirannya di kedai makan pasti akan dirindui terutama dengan telatahnya yang sentiasa mencuit hati,” katanya.

Sumber : hmetro

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top