Foto tersebut dirakamkan lewat petang semalam ketika pasukan bomba tiba ke kawasan kejadian untuk memulakan operasi.

Gambar tersebut menunjukkan dua anggota bomba duduk di tepi lombong berkenaan namun terdapat imej berwarna hitam seperti orang (dalam bulatan) berada betul-betul di belakang salah seorang daripada mereka.

Seorang penduduk, Mohamad Alif Roslan, 28, mendakwa kawasan tersebut ‘keras’ kerana kerap berlaku orang leemas dan sebagainya.

“Kawasan ini kerap berlaku pelbagai kejadian yang mengorbankan nyawa atau mendatangkan kecederaan kepada pemancing mahupun penduduk,” katanya kepada Utusan Online dekat sini hari ini.

Sebanyak enam anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor maaut selepas termasuk ke dalam pusaran air yang sangat deras akibat hujan lebat ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat maangsa. – UTUSAN ONLINE