Uncategorized

‘Orang Cakap Dia Lagi Handsome Dari Shahir..’ – Kisah Suami Kacak Berhabis Demi Isteri

Dalam sesebuah perhubungan, selain kasih sayang, saling menerima kekurangan dan kelebihan pasangan adalah resepi untuk kekal bahagia.

Seorang wanita menceritakan kisahnya bersuamikan seorang lelaki yang menerima dirinya sebagai isteri seadanya. Si suami juga digambarkan sebagai seorang yang tidak kisah berbelanja demi melihat isterinya gembira.

Masa jumpa Kak As rasa nak patah balik je

Wanita berkenaan, Astiey Nurasiah berkongsi kisah mendapat suami yang kacak namun masih sudi kepada dirinya disifatkan kurang cantik jika dibandingkan dengan lelaki itu.

Tak eloklah cakap, “Kak As kena kurus nanti suami cari lain”. Hati perasaan ni Allah jaga. Awal-awal dah berprasangka buruk. Allah ikut apa yang kita fikirkan.

Kak As masa kenal suami berat dia 75 kg. Semua orang cakap muka dia lagi hensem dari Shahir. Kak As berat dekat 100 kg lebih besar dari Sherry Alhadad.

Jerawat Kak As penuh kat muka. Hitam. Pakaian pulak seluar merah, baju oren tudung hitam. Selekeh. Naik wira buruk.

Masa jumpa beliau Kak As rasa nak patah balik je. Tak sangka mamat mata coklat galak nak kat Kak As

Bila tanya kenapa Kak As? Yelah. Dia hafiz 30 juzuk. Degree pun Quran hadis. Kak As hafal Yasin dan al-Mulk je.

Ubah lepas kahwin

Ayat dia tak habis-habis ulang “Perempuan cantik tak bijak macam As”

Maksudnya apa?? Maksudnya Kak As tak cantik! Hahahaha. Kisah pulak.

Tapi lepas kawin dia ubah Kak As terus. Dia tak kisah teman Kak As shopping 10 jam untuk pilih sehelai baju. Yealah orang badan besar mana nak jumpa saiz. Dia teman dan sentiasa bagi pendapat

Dia bukan jenis yang tanya “Cantik tak?” dan jawab “Cantik”

Dia akan jawab “Cantik tapi sayang sesuai warna bla bla. Sayang nampak cantik bla bla”.

Nampak? Dia kahwin dengan kaunselor tapi dia lebih faham dari kaunselor.

Nak bagi isteri cantik bukan depan orang

Dia tak kisah takde duit untuk barang dia untuk hantar Kak As pergi spa. Jujur cakap beli produk SKII sebulan spend RM1k.

Dia bukan nak Kak As nampak cantik depan mata orang. Tapi depan dia. Sebab tu dia belikan barang mekap yang mahal mcm Dior, Marc Jacobs dan segala mak nenek yang Kak As pun tak kenal. Tapi tak bagi Kak As guna sangat.

Beli untuk Kak As rasa kepuasan. Padahal Kak As beli yang RM5 dah okey (cheh! Kliche sangat ayat)

Setiap hari ayat dia “Sayang abang cantik dan baik”.

Benda tu buat Kak As jalan melangkah dengan percaya walau hari tu baju Kak As terbalik dan tudung senget.

Sumber: Astiey Nurasiah via ohbulan

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top