Uncategorized

Penyedut Minuman Plastik Diharamkan Bermula Januari 2019

PUTRAJAYA 20 Sept. – Berkuat kuasa 1 Januari hadapan, penggunaan pe­­nyedut minuman plastik akan diharamkan di semua premis perniagaan menjual makanan dan minuman bagi mengurangkan pencemaran berasaskan plastik dan memulihara alam sekitar.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, tempoh untuk mendidik masyarakat terutamanya peniaga akan dilaksanakan sehingga tahun 2020 sebelum tindakan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sama seperti penggunaan produk berasaskan biodegradasi iaitu beg plastik dan bekas makanan ke atas peniaga yang didapati me­langgar peraturan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000,’’ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita berhubung pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan dihadiri wakil pengeluar produk biodegradasi yang mana Yayasan Wilayah Persekutuan menjadi pengedar produk tersebut khusus untuk peniaga dan penjaja kecil.

Ketika ini rangkaian restoran makanan segera, McDonald’s dan peruncit kelengkapan rumah terkemuka Sweden, IKEA telah memulakan inisiatif tidak menyediakan penyedut minuman kepada pelanggan.

Pada 27 April 2016, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mula melaksanakan penggunaan produk biodegradasi ke­rana penggunaan pembungkus makanan plastik dan polisterina boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan serta mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal yang tinggi.

Dalam pada itu, Adnan menjelaskan, pihak kementerian dalam proses untuk memasukkan larangan penggunaan penyedut minuman plastik itu sebagai salah satu daripada syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan.

Berkuat kuasa 1 Januari di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan

Sumber : sehinggit media

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top