Uncategorized

Isteri kuat makan Samyang, suami terpaksa keluarkan RM10 ribu demi menyelamatkan isterinya

Perkataan Maggi sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Malaysia dan ianya merupakan merupakan salah satu makanan yang sangat digemari di sini. Malah bari-baru ini fenomena ramen dari Korea juga telah menjadi semakin sinonim dengan rakyat Malaysia.

Akan tetapi, ramen dari Korea ini mempunyai banyak keburukan jika dibandingkan dengan kebaikan. Seorang pengguna Facebook bernama Otad Al Miko menceritakan tentang bagaimana dia terpaksa mengeluarkan RM 10,000 demi menyelamatkan isterinya.

Loading…

alt

Kejadian yang berlaku 3 tahun lepas ini bermula apabila isterinya sangat menggemari makan Ramen Samyang yang mula terkenal di Malaysia pada ketika itu. Memang kaki makan pedas, isterinya seringkali menghabiskan Samyang tanpa minum air.

Malang tidak berbau apabila isterinya sakit di bahagian perut sehingga tidak mampu bangun. Otad terus membawa isterinya ke Hospital Taiping namun akibat terlalu ramai, Otad segera membawa isterinya ke sebuah hospital swasta Colombia.

Otad mengeluarkan RM10,000 untuk masukkan kamera ke dalam perut isterinya bagi mencari punca kesakitan yang teramat itu. Rupa-rupanya dinding usus luka akibat terlalu suka makan makanan pedas.

alt

Menurut doktor yang merawat, luka di bahagian usus amat bahawa kerana kawasan tersebut sentiasa lembab. Boleh diumpamakan seperti luka melecet di tangan, dan anda membasuh luka tersebut. Sakit bukan? Sekarang ni bayangkan luka tersebut sentiasa sakit akibat air di dalam badan.

alt

Netizen juga turut berkongsi pengalaman mereka masuk hospital akibat makan makanan pedas. Nampaknya memang bahaya makanan pedas ni:

altalt

Jadi kepada anda di luar sana, tidak salah nak makan pedas atau Samyang ni. Tapi beringat dan berpada-padalah, kerana kesihatan kita ini tidak boleh dibeli dengan wang.

SUMBER ASAL : : Otad Al Miko via himpunan media

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top