Uncategorized

69 TAHUN ROSLI DHOBI MENINGGAL DUNIA, KEKASIH TETAP TUNGGU HINGGA AKHIR HAYAT

Bagi orang Sarawak atau mereka yang hafal nama-nama pejuang kemerdekaan negara, korang pasti pernah dengar tentang Rosli Dhobi.
Rosli dengan kawan-kawannya telah dihukum gantung sampai mati atas tuduhan bersubahat dan membunuh Gabenor Sarawak, Sir Duncan Steward pada 3 Disember 1949. Pada masa tu, Rosli baru berumur 18 tahun.

Sumber: Facebook

Tapi seperti orang lain, Rosli pun ada hati dan perasaan. Menerusi perkongsian Syahril A. Kadir, di sebalik cerita perjuangan tentang kemerdekaan, tersimpan kisah percintaan yang boleh dikatakan ‘cinta mati’ lah tentang Rosli dan kekasihnya bernama Ani. 
Lebih menyedihkan Hajah Ani bin Ali ni dikhabarkan baru meninggal dunia semalam (29 Ogos). Al-fatihah…

Sumber: Facebook

Hajah Ani ni rupanya cinta pertama dan terakhir Rosli Dhobi dan percintaan mereka dulu bukan macam orang sekarang. Cukup berbalas surat dan jeling-jeling mata. Tapi semua ni tak kekal lama dan dorang tak sempat pun nak berkahwin sebab Rosli kena tangkap dan dihukum gantung sampai mati.
Kisah percintaan dorang memang hebatlah apabila Ani dikatakan TAK PERNAH berkahwin dengan mana-mana lelaki walaupun dah 69 tahun kekasihnya tu meninggal dunia! Allahu mana nak cari wanita setia macam ni…

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kata-kata terakhir Rosli pada Ani,

Janji dengan nyawa kamek tunggu kitak!”

Hebat sungguh percintaan orang dulu-dulu kan? Kalah percintaan Jack dengan Rose dalam Titanic ni. Semoga roh Hajah Ani Ali tenang di sana. Al-fatihah… 

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top