Uncategorized

“Saya Tak Perlu Gimik Yang Mencalarkan Maruah”

Bakal muncul dengan lagu baru, Bidadari, ada yang mendakwa Ismail Izzani sengaja mencipta kontroversi untuk melariskan lagunya. Jelas Ismail, beliau tidak perlukan promosi murahan seperti itu yang memalukan maruahnya.

“Saya tak perlu gimik untuk promosi lagu kerana isu itu membabitkan maruah dan hanya memalukan sahaja. Sebaliknya, boleh menutup punca rezeki saya sebagai penyanyi, ia bukan gimik yang direka dan saya tak perlu kontroversi itu!”

Menurut Ismail, disebalik kontroversi memeluk pelakon, Zarina Anjoulie di kelab malam tempoh hari, pihaknya terpaksa menunda pelancaran lagu tersebut yang sepatutnya dilancarkan pada bulan ini.

“Kalau ikut perancangan bulan ini lagu itu dilancarkan tapi sebab isu-isu begini terpaksa ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Sekarang ni saya nak rileks dulu dan biar benda ni selesai, baru kita akan fokus dengan kerja,” jelasnya.

Terdahulu penyanyi berusia 18 tahun ini menjadi bahan kecaman orang apabila gambar dimuat naik Fathia Latiff menunjukkan beliau dan Zarina sedang berparti di kelab malam. Kemudian Ismail tampil memohon maaf. (rtky/w)


SUMBER : M STAR ONLINE

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top