Uncategorized

Lelaki ini Kena Sound Kerana Bawa Rice Cooker Penuh Nasi ke KFC

Seorang lelaki yang datang ke Restoran KFC di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia telah membawa rice cooker ke dalam restoran KFC. Tindakannya itu telah ditegur oleh pekerja KFC yang mungkin menyalahi polisi restoran terkenal berkenaan.

Lelaki yang membawa rice cooker dari rumah

Staff KFC Menegur tindakan lelaki tersebut

Dalam video tersebut, lelaki tersebut membawa rice cooker bersama dengan senduk nasi dan dilihat bertengkar dengan pekerja KFC. Dia kelihatan berkeras mempertahankan tindakannya itu dan kelihatan pekerja KFC tersebut seperti tidak membenarkan tindakan lelaki tersebut.

Lelaki tersebut tetap berkeras mempertahan tindakannya itu

Kemungkinan nasi yang di jual oleh KFC tidak mencukupi dan tidak dapat membuatkan lelaki tersebut kenyang, mungkin sebab itu lelaki tersebut membawa sendiri periuk nasi dari rumah sebagai tambahan.

Mungkin nasi yang disediakan KFC tidak mencukupi sebab itulah dia membawa nasi dari rumah

Ataupun mungkin lelaki tersebut ingin lebih berjimat dan dapat makan nasi sepuasnya dengan hanya membeli ayam dan minuman sahaja.

Gelagatnya yang bersahaja mengundang pelbagai reaksi netizen

Rakaman video tersebut telah di rakam oleh seorang pengunjung yang melihat kejadian tersebut dan dimuatnaik pertama kali oleh akaun instagram berita @ndorobeii dan kemudian mendapat pelbagai reaksi dari para netizen yang menonton video tersebut.

Tidak dapat dipastikan kesudahan kisah lelaki tersebut kerana video yang berdurasi pendek tersebut masih menunjukkan dia berkeras sambil staff KFC menasihatinya.

Video:

Sumber

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top