Uncategorized

Kontroversi peluk Zarina, hati Ismail tak tenang sampai tak boleh tidur malam

Beberapa hari lalu, gambar mesra penyanyi muda Ismail Izzani dengan pelakon Zarina Ann Joulie di sebuah kelab malam yang dimuat naik oleh Fathia Latiff menjadi bualan ramai di laman media sosial

Pelbagai persoalan dan spekulasi bermain di fikiran peminat mereka. Adakah penyanyi lagu Luar Bisa itu menjalinkan hubungan cinta? Ataupun desas-desus tidak membayar bil penginapan hotel?

Menerusi laporan mStar Online, penyanyi berusia 18 tahun itu mengakui kontroversi tersebut sedikit sebanyak menganggu emosinya dan hidupnya tidak tenteram sehingga mengalami kesukaran untuk tidur malam.

Kontroversi peluk Zarina, hati Ismail tak tenang sampai tak boleh tidur malam

“Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku.

“Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam,” katanya.

Kontroversi peluk Zarina, hati Ismail tak tenang sampai tak boleh tidur malam

Kontroversi peluk Zarina, hati Ismail tak tenang sampai tak boleh tidur malam

Walau bagaimanapun, anak kepada penyanyi era 80an iaitu Datin Suliza Salam itu mengakui telah mengecewakan ahli keluarga serta seluruh rakyat Malaysia terutama peminatnya.

Tambah Ismail, dia menganggap apa yang berlaku itu merupakan satu pengajaran dan ditambah pula perjalanan karier seninya masih jauh untuk dikecapi.

“Saya telah mengecewakan semua orang dan sedar bukan mudah untuk mereka maafkan saya, cuma selepas ini saya akan buat lebih baik supaya mereka dapat menerima saya semula.

Kontroversi peluk Zarina, hati Ismail tak tenang sampai tak boleh tidur malam

Kontroversi peluk Zarina, hati Ismail tak tenang sampai tak boleh tidur malam

“Ini adalah ujian paling hebat yang pernah saya terima sepanjang 18 tahun hidup dan ia merupakan pengajaran sangat berguna untuk saya.

“Sebelum ini mama (Suliza Salam) pernah menasihati saya supaya berhati-hati dan ingatkan dalam industri ini artis yang akan jatuhkan artis dan sekarang baru saya percaya kata mama itu betul,” ujarnya.

Apabila ditanya mengenai dakwaan kenyataan dua pelakon itu, dia tidak mahu mengulas lanjut dan memilih waktu sesuai untuk berkongsi cerita sebenar.

Kontroversi peluk Zarina, hati Ismail tak tenang sampai tak boleh tidur malam

Kontroversi peluk Zarina, hati Ismail tak tenang sampai tak boleh tidur malam

Sumber : mStar Online

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top