Uncategorized

Lebam bawah mata sebab genetik, bukan ambik ‘barang’ – Fathia Latiff

MEMILIKI kantung mata (eye bag) yang lebam dan sembab menyebabkan pelakon Fathia Latiff sering menerima pertanyaan netizen mengenai punca matanya jadi begitu.

Menjawab persoalan itu, Fathia memberitahu lebam di bahagian bawah mata itu adalah kesan genetik dan bukanlah akibat pengambilan barang terlarang.

“Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni.

“Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya tak mahu.

“Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!,” tegasnya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/09/06/fathia-latiff/~/media/473fae87d9744d038ffa0bf014171c38.ashx?la=en

Fathia sering terpalit kontroversi.

Fathia menjawab soalan seorang pengikut ketika bersiaran langsung di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, pelakon drama Ariana Rose ini berkata dia lebih selesa untuk tidak mengenakan sebarang solekan bagi menutup cela tersebut.

“Sampai bila nak cover muka dan badan tu. Saya ni lebih suka biarkan sahaja muka tanpa mekap, lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah.

“Kalau ada shooting atau menghadiri majlis, perlulah bermekap. Kalau hari-hari biasa, saya lebih selesa tanpa sebarang solekan.

“Sebut fasal eye bag, bukan saya seorang sahaja yang ada, ramai lagi orang lain yang mengalami benda yang sama,” katanya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/09/06/fathia-latiff/~/media/75d581c23d0847fd8e9c1e2793cd900a.ashx?la=en

Fathia jawab pertanyaan pengikut di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini berasa hairan mengapa netizen gemar bercakap mengenai dirinya meskipun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dia turut berharap peminat tidak menganggap dirinya sama seperti dalam karakter lakonan yang ditonton di televisyen.

“Saya tak paham kenapa orang masih bercakap buruk tentang saya.

“Mereka tengok saya berlakon watak baik dan fikir saya sama seperti mereka tonton. Itu hanyalah karakter lakonan dan bukan diri saya yang sebenar,” ujarnya.
4 PUNCA EYEBAG TERJADI
Bangun tido dalam keadaan eyebag bengkak berkilo-kilo memang tak best!!! hilang mood satu hari. Nak jumpa orang pun segan. Pernah rasa macam ni tak? Eyebag atau mata panda adalah mimpi ngeri yang kita sendiri pernah alami sejak dari usia remaja lagi. Makin berusia makin lah nampak bengkak hitam di bawah mata. Even jika sekarang anda umur 25 tahun, tapi mata macam orang tua nampak letih ja kan? Anda pernah tak alami, pagi-pagi tengok cermin muka dah macam panda. Haha. Jangan segan, admin pun alami. Sebenarnya ianya bukan identiti anda yang sebenar. Ini menunjukkan yang anda seorang yang suka tidur lewat malam. Tapi, bukan semua eyebag berpunca dari tidur lewat tau! Mata panda tu sebenarnya sementara saja. Tapi kalau kita tak rawat, ianya akan jadi selamanya.  Jom kenali 4 punca eyebag terjadi pada anda!
1. KETURUNAN ATAUPUN GENETIK
Salah satu punca eyebag adalah disebabkan keturunan ataupun genetik. Jika dalam keluarga memang ada lingkaran mata gelap, kemungkinan besar ia akan diwarisi kepada kita. Dan bergantung juga kepada jenis kulit. Jika kulit jenis nipis, memang jelas nampak bayang-bayang bawah mata.
2. PENGAMBILAN UBAT
Mempengaruhi di sekitar mata iaitu saluran darah semakin membesar dan mengganggu keseimbangan hormon juga adalah salah satu punca eyebag terjadi. Biasanya lebam bawah mata sangat digalakkan ambil asid lemak Omega 6 untuk bantu peredaran darah dan seimbangkan hormon. Masalah kesihatan seperti anemia juga menyebabkan mata kelihatan gelap dan lebam. Ini kerana kekurangan zat besi di dalam darah.
3. FAKTOR UMUM
Apabila mencapai umur 30 tahun ke atas, kulit semakin hilang keanjalan terutamanya di bahagian mata. Lapisan kolagen semakin menipis dan lebih mudah gelap dan lebam bawah mata.
4. KURANG TIDUR
Punca eyebag yang sangat ketara adalah dengan masalah tidak cukup tidur memang mudah sangat mata jadi bengkak dan lebam. Ini kerana pembuluh-pembuluh darah terpaksa bekerja lebih keras daripada keadaan normal. Hingga mewujudkan bayang-bayang bawah mata.

Jadi, anda boleh cuba periksa dan kenali punca-punca di atas yang mana menyebabkan bawah mata jadi lebam dan gelap. Punca eyebag terjadi boleh dirawat terutamanya dengan menggunakan bahan semulajadi untuk mencantikkan semula mata anda.

Sumber : mstar & marryjardin.co

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top