Uncategorized

“Kau Dah Sedap Aku Plak Yang Kena Bayar Bill Kau Ngan GF Kau,” – Zarina Anjoulie Buka Cerita Sebenar Isu Mael?

Bagai tiada penghujungnya, kali ini pelakon dan usahawan, Zarina Anjoulie memuat naik sepotong video, berkongsi mengenai apa cerita sebenar yang berlaku di antara dirinya dan rakan baik, pelakon Fathia Latiff bersama lelaki yang digelar dengan nama Mael.

Bagaikan kebetulan, panggilan Mael merupakan suatu yang sinonim dengan penyanyi remaja Ismail Izzani yang sebelum ini mencetuskan sensasi apabila  sekeping foto yang memaparkan kelibat penyanyi Luar Biasa itu bersama Zarina viral di media sosial.

Katanya menerusi ruangan kapsyen di Instagram, Zarina memberitahu mengenai dia terpaksa menanggung kos sewa bilik hotel yang dipercayai telah didiami Mael.

“Kau dah sedap aku plak yg kena bayar bill Kau ngan gf kau. Tapi takpe la Kali ni aku maafkan kau. Tapi best aku ngan tee tee mempermainkn reporter. KBT KBT ….. don’t play . MAEL duit Aku mana. gn salah anggap dia memang budak baik tapi dah kenapa dia yg sedap aku yg kena tanggung makan dia ngan gf dia,” tulisnya.

Pada masa, Zarina turut memaklumkan dirinya menolong Mael memandangkan dia sudah pun anggap lelaki tersebut sebagai anaknya.

“Aku ni dah la janda aku tolong dia pun sebab aku anggap dia cam anak aku . Pastu ni yg aku dapat sebab tu aku malas nk Kwan ngan artis2. Mana RM398.85 sen akuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!,” kongsi Zarina.

Foto : Instagram Zarina via mediahiburan

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top