Uncategorized

Tak tahan nama arwah ibu bapa sering diejek di pusat tahfiz, remaja yatim piatu ini larikan diri jam 4 pagi.

Pukul 4 pagi ku terima ketukan kat pintu rumah.. Bila aku bukak, aku terkejut tengok sepupu aku ada depan mata.. Adib.. Tingkatan 2.. Belajar kat Tahfiz Ar-Rusd Pasir Panjang.. Mase mula² aku xtau, dye nie betul² org ker atau sebaliknya.. Maklumlah.. Pukul 4 pagi der.. Pastu aku beranikan diri sambil cucuh rokok.. Yer.. Dye mmg sepupu aku..

Aku tanye datang dari mana..?? Dia diam.. Aku tanya lagi.. Dia jawab dia keluar dari tahfiz.. Aku tanye lagi sebab apa..?? Sbb xtahan akibat dibuli secara mental.. ‘Gelor nama ayoh’..Woi.. Budak nie dah yatim piatu.. Mak ayah dah xder.. Rase mcm nak lempang jer org yg buli tu.. Mase nie dia dah nak nangis.. Jadi aku tenangkan dia.. Mungkin teringatkan arwah ayah dia..

Aku nasihatkan klau ader masalah bgtau ustaz.. Lepas tu dia jawab ‘ustaz tu baik dgn budak tu’.. Aku faham kata² dia.. Takot ustaz tu bela budak tu atau pown takot dipukul sekiranya budak² tu tau yg adib nie report..(Nanti aku akan ambik susulan kat tahfiz supaya lebih berikan perhatian dgn isu nie, takot esok lusa boleh bertumbuk)

Adiq berjalan kaki dari pasir panjang ke paloh.. Xsilap dye tidor kat org jual nasi lemak.. Aku pown xtau kat mana.. Tu yg dipegang tu pemberian dri penjual, naik kereta viva.. Terima kasih brader.. Dia yg hantarkan adib kat rumah aku.. Semoga dimurahkan rezeki..

Bukan aku xbagi adib tidor kat rumah aku.. Cara adib keluar dari tahfiz salah.. Kalau ustaz buat report polis aku yg kena..Lepas tu aku bagi adib makan nasi lemak tu.. Sudah makan, aku hantarkan dia ke pusat tahfiz (Pukul 4.40pagi).. Dalam perjalanan aku sempat nasihatkan dia supaya terus belajar baik²..

Adib kehilangan ibu ketika dia masih baby.. Dan kehilangan ayah pada usia kecil (xigt umur berapa).. Cuba lihat gambar kedua, terasa sayu dihati.. Kelihatan dia sedih bila terfikirkan nasibnya.. Hanya Allah yg tau perasaan aku ketika nie..

Allah hadirkan dia pada jam 4 pagi utk aku sedar dan insaf.. Allah hantarkan dia utk aku bantu dia.. Terima Kasih Allah kerana hadirkan dia kerana ada beberapa perkara yg selame nie aku lupa.. Dia rindukan kasih sayang seorang abang.. Aku harap insan berkenaan faham dgn ayat tu.. Itu luahan adib.. Bukan aku yg reka cerita..

Sebelom dia turun dari kereta, dia sempat berpesan ‘bgtau ika (kakak dia) suruh hantar makanan setiap hari isnin petang, jumaat dan sabtu yer’.. Sedih laa gilerr.. Huhu.. Dia lapar.. Mungkin dia lihat kwn² dia dpt makanan dri keluarga.. Termenung sambil menunggu ahli keluarga dia hantarkan makanan.. Tetapi, fuhh.. Sorry laa.. Dah xmampu nak taip..

Tak tahan nama arwah ibu bapa sering diejek di pusat tahfiz, remaja yatim piatu ini larikan diri jam 4 pagi.

Tak tahan nama arwah ibu bapa sering diejek di pusat tahfiz, remaja yatim piatu ini larikan diri jam 4 pagi.

Sedih laa jilaker… Huhu..
Terima Kasih Allah kerana hadirkan dia..
Semoga adib membesar dengan baik, jadi anak yg soleh, berjaya dunia akhirat dan sentiasa dapat rahmat dari Allah.. Amin..

Update
Alhamdulillah.. Semuanya sudah selesai.. Seronok ker kecam aku secara berjemaah..?? Haha.. Xper.. Jiwe aku kental.. Semoga Allah berikan rahmat kepada si kaki kecam.. Yg mana support, terima kasih diatas doa kalian kepada adib..

Saya terima pelbagai mesej utk bantu si adib nie.. In sha allah saya akan balas kejap² lagi.. Kepada kaki kecam aku harap kau hadam posting nie baik²..Betapa bodohnyer aku jika aku biarkan dia terus dibuli.. Sepupu aku nie kot.. Kalau dia bukan sepupu aku pown, aku akan tolong.. Sifat Perikemanusiaan yg perlu ader pada setiap org..

Lepas zohor tadi aku terus g tahfiz.. Jumpa ustaz mengajar dan kepunyaan tahfiz Ustaz Rusdi.. Dan aku ceritakan tentang isu kes buli (gelor name ayoh).. Dan pihak tahfiz akan terus lebih berikan perhatian kepada isu ini supaya tidak akan jadi lebih besar..Dan setiap minggu aku akan cuba utk lihat perkembangan si adib.. Ustaz cakap dia mmg pelajar yg bagus.. Hafal ayat² Al-Quran dah banyak.. Cuma ada segelintir budak² nakal yg cuba ganggu dia..

Tak tahan nama arwah ibu bapa sering diejek di pusat tahfiz, remaja yatim piatu ini larikan diri jam 4 pagi.Tak tahan nama arwah ibu bapa sering diejek di pusat tahfiz, remaja yatim piatu ini larikan diri jam 4 pagi.

Xper.. Mmg isu biase² kalau dilihat, tetapi jika tidak dibanteras ia akan jd lebih besar seperti memukul atau sebagainya..2 jam aku cuba pujuk/nasihat kat dia utk jadi insan yg kuat dan terus belajar Agama.. Kemudian aku tunjukkan komen² dari org luar berkenaan isu nie kat dia.. Dia suka sebab ada ramai yg berikan kata² positif dan ramai yg pm tanya pasal adib..

In Sha Allah pihak Tahfiz Ar Rusd akan tangani masalah ini dengan baik.. Sama² kiter doakan.. Terima kasih ustaz kerana memberikan kerjasama yg baik..Terima Kasih..

Yang mana cakap aku kaki syabu, bodoh, akal cetek, n bla bla bla.. Aku dah maafkan korang.. Aku tau korg mmg prihatin bab isu ‘buli’ atau ‘anak yatim’.. Aku xmarahkan korang pown.. Malah aku bangga sebab semua support adib..Berkenaan dengan ayat ‘LAPAR LIKE’, ‘GILA GLAMOUR’.. Itu bukan tujuan utama dan mmg xterniat.. Aku just kongsikan supaya boleh dijadikan iktibar kepada semua.. Dan pada posting pertama aku ader selitkan ayat ‘NANTIKAN SUSULAN DARI SAYA’, bermakna aku xkan lepas tangan..

Semoga adib sentiasa kuat, berjaya dunia akhirat.. Amin..

Sumber : ohmymedia via takpernahtakrindu

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top