Uncategorized

Baru Tayang 4 Hari, Munafik Kaut RM21.6 Juta!

Bukan main rancak lagi nampaknya persaingan di antara filem tempatan buat masa sekarang. Baru saja berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di laman Instagram, Syamsul Yusof menyatakan bahawa kini kutipan tiket Munafik 2 sudah pun mencapai RM21.6 juta.

Lebih mengejutkan, jumlah tersebut berjaya dikumpul hanya dalam 4 hari tayangan sekaligus memecahkan rekod kutipan hujung minggu tertinggi di Malaysia. Sama ada filem ini mampu menangani jumlah kutipan Hantu Kak Limah masih belum diketahui.

Namun jika dilihat secara lebih mendalam, dua filem yang berjaya mendapat kutipan tinggi ini adalah filem yang mempunyai peminat tetap melalui filem-filem terdahulu. Peminat yang setia yang mengharapkan jalan cerita lebih mantap dan ingin mengetahui konflik seterusnya yang terjadi mungkin antara faktor mendorong penonton ke pawagam.

Rata-rata komen yang dikongsikan oleh Syamsul di Instagram adalah komen positif. Tidak dinafikan Hantu Kak Limah dan juga Munafik 2 ini turut mendapat pandangan berbeza penonton namun jumlahnya adalah sangat sedikit dan minoriti saja. Selera lain-lain, bukan? Apa pun, tahniah buat industri perfileman tanah air.

LakonLagak Ngeri Sendiri, Syamsul Yusof Patah Bahu Kiri

Siapa tidak kenal Syamsuf Yusof, jika ada filem pasti jika ada babak lagak ngeri, dia akan melakukannya sendiri. Namun nasib tidak menyebelahi pelakon dan pengarah ini apabila bahu kirinya patah ketika melakonkan aksi dalam filem terbarunya.

“Semalam selepas terjatuh, bahu saya rasa sakit dan kru membawa saya ke klinik berhampiran. Pada mulanya pihak klinik memberitahu saya hanya retak sedikit sahaja, tetapi pagi tadi bahu saya terlalu sakit dan saya pergi ke Pusat Perubatan Prince Court pula untuk buat pemeriksaan lanjut”

“Doktor mengesahkan bahu kiri saya patah dan perlu berehat daripada membuat sebarang kerja berat, mereka mahu saya dirawat di hospital tapi saya berkeras mahu balik,” jelasnya kepada mStar Online.

Menurut Syamsul lagi, babak yang dilakukannya itu adalah babak mudah namun tidak menolak kemungkinan faktor usia juga menyebabkan dirinya mengalami kecederaan tersebut. Tambahnya lagi, dia tidak mahu berehat panjang bagi mengelakkan penggambaran filemnya itu terjejas.

Sumber : rotikaya

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top