Uncategorized

Shahir dan Era Akan Umum Tarikh?

PENYANYI Shahir Zawawi berjanji tidak akan merahsiakan kepada umum mengenai perkahwinannya dengan aktres Erra Fazira.Menurut Shahir, 30, perkahwinan merupakan satu perkara baik yang tidak perlu disorok tambahan pula dia merupakan selebriti dikenali.

“Insya-Allah, jika kami kahwin nanti, saya tak sorok dan akan beritahu kepada semua.

 

“Benda baik begini elok diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah kerana jika kita berahsia matlamat perkahwinan itu tidak sampai.

 

Shahir kini lebih terbuka mengenai hubungannya dengan Erra Fazira.

“Jadi, tak ada alasan nak sorok perkahwinan dan saya janji akan umum tentang hal itu apabila tiba waktunya,” katanya mStar Online.

Shahir ditemui pada majlis pelancaran restoran Teh Tarik Place cawangan kedua milik Cuisine Inspire Sdn Bhd bertempat di KIP Hotel, Sri Utara Business Park, Kuala Lumpur pada Sabtu.

 

Sebelum ini, penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ini pernah memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

 

Shahir hiburkan peminat di majlis pembukaan restoran Teh Tarik Place bertempat di KIP Hotel, Sri Utara Business Park, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 1 September.

Bagaimanapun, Shahir berkata dia masih belum membuat sebarang persiapan ke arah itu.

“Saya sedar ada tiga bulan sahaja lagi sebelum penutup 2018, tapi apa yang boleh saya kata kita merancang, kalau sampai waktunya kita akan beritahu.

“Sekarang ini, masing-masing sibuk dengan kerjaya dan sedang mencari-cari masa yang sesuai, cumanya belum jumpa tarikh sebenar lagi.

Shahir bersama barisan selebriti dan Pengarah Cuisine Inspire Sdn Bhd, Fahrulrazi Kassim (tiga dari kiri) di majlis pembukaan restoran Teh Tarik Place.

“Kita sebagai manusia sentiasa berusaha ke arah itu. Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahir berkata dia tidak terbeban dengan soalan berkaitan perkahwinan kerana memahami kerjayanya sebagai selebriti.

“Kalau bukan wartawan yang bertanya, orang lain pun akan tanya soalan sama apabila berjumpa saya. Tapi itulah jawapan saya, bimbang mereka pula yang terbeban menerima jawapan klise saya.

“Sampaikan emak saya sendiri pun asyik bertanya kerana ramai kawan-kawannya yang bertanya tentang hubungan saya ini,” ujarnya.

Sumber: Mstar
Kredit: BeritaHangat.com

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top