Uncategorized

Inilah Kata- Kata Sufian Suhaimi Bila Mengetahui Elfira Loy Sudah Bertunang

PENYANYI Sufian Suhaimi tidak mengetahui mengenai pertunangan bekas tunangnya iaitu Elfira Loy dengan seorang lelaki bernama Faris yang didakwa berlangsung pada pagi Ahad.Bagaimanapun, penyanyi lagu Di Matamu itu mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut bahagia jika khabar itu benar.

“Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah.

“Semoga bahagia sampai syurga,” ujarnya kepada mStar Online , di sini.

Foto pertunangan Elfira dan Faris.- Foto sumber Astro Gempak.

Sufian berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah portal hiburan bahawa pelakon berkenaan selamat mengikat tali pertunangan dengan Faris Khairol Anuar kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurut laporan itu, majlis merisik dan bertunang itu diadakan secara tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.Hubungan Elfira, 24, dengan lelaki berkenaan mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu.

Hubungan Elfira dengan jejaka itu mula dihidu beberapa bulan lalu.

Sumber mstar

Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk?

Pelakon Elfira Loy difahamkan baru sahaja selamat bertunang dengan lelaki bernama Faris yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, kira-kira 9 pagi tadi.

Gempak dimaklumkan, Elfira, 24, mengadakan majlis merisik dan bertunang secara kecil-kecilan dan tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Menurut sumber yang terdekat dengannya, difahamkan juga Elfira baru beberapa bulan sahaja mengenali jejaka tersebut yang berusia 27 tahun.

“Mereka dah selamat merisik dan bertunang sebentar tadi. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Majlis ini dirahsiakan daripada umum.

“Tidak silap saya perkenalan mereka bermula pada Ramadan lalu, tak sangka mereka mengambil masa yang cepat untuk bertunang.

“Faris kini bekerja di syarikat bapanya yang merupakan seorang usahawan bergelar Datuk,” katanya.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini.

Sumber: Ohgempak via Sembangtular

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top