Uncategorized

‘Najib bekas PM yang hari ini semakin dirindui rakyat’

KERAMAT – Pemantau baru Malaysia Datuk Lokman Noor Adam mendakwa rakyat kini mendambakan kembali pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana dakwanya, pemimpin PH sekarang ‘tidak sebagus mana’ selain kegagalan mereka melaksanakan janji-janji manifesto mereka.

“Bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang hari ini semakin lama semakin dirindui oleh rakyat Malaysia.

“Saya rasa dengan kegagalan PH menunaikan semua janji-janji dengan fitnah hari ini yang terbukti tiada sebarang pendakwaan, dengan semua yang diberikan zaman Najib ditarik balik saya rasa rakyat telah ada jawapan sama ada fitnah yang dilemparkan Najib sama ada benar atau tidak,” katanya dalam program di pusat Darul Tahfiz Ittifaqiyah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam majlis sempena menyambut kemerdekaan kali ke-61 bersama Najib di sini , malam ini.

Dalam pada itu katanya, mengimbas kembali kenangan Najib  ketika menyambut kemerdekaan tatkala masih menjadi perdana menteri, Lokman berkata Najib menyambut kemerdekaan dengan penuh kesederhanaan.

“Biasanya setiap tahun Najib akan berada di Dataran Merdeka…sejak beliau PM kita tak sambut kemerdekaan dengan majlis tari-menari dan konsert tapi kita konsisten buat majlis Selawat Perdana secara tahunan,” katanya.

Sumber Sinar harian

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top