Uncategorized

“Maaf Tak boleh Basuh Maruah Saya Yang Sudah Tercalar”

Masih belum selesai lagi dengan isu barang kemas yang didakwa palsu, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menegaskan tidak akan tunduk dengan permintaan Aishahyang mahukan beliau membuat permohonan maaf.

Menurut Vida, permohonan maaf tersebut tidak boleh mengembalikan semula maruahnya yang sudah tercalar dan tidak akan menghentikan tohmahan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya.

“Saya tak akan sesekali mohon maaf. Maaf bukan boleh membasuh maruah saya yang sudah tercalar. Perkataan maaf walaupun senang diungkapkan tapi reputasi saya jatuh hancur berkecai.

“Adakah dengan memohon maaf itu boleh menggembalikan kepercayaan orang ramai? Saya berbesar hati nak bagi hadiah kalung itu tapi akhirnya kebaikan saya itu memakan diri. Ia ibarat mahu berjasa tapi nyawa hilang. Kalau ikutkan pemberian ikhlas saya itu tidak sepatutnya dijadikan isu sebenarnya.

“Gara-gara kalung itu satu Malaysia kutuk saya. Bukan (permohonan) maaf itu satu benda yang boleh mengubah keadaan dan kekeruhan yang berlaku,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Vida sekali lagi menegaskan bahawa rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu seperti yang didakwa dan berharap dapat dipertemukan dengan Aishah bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

“Itu barang kemas tulen. Saya tak tahu kalau ia palsu seperti didakwa Aishah, bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Sebenarnya saya nak Astro temukan saya dengan Aishah kerana saya ingin jelaskan hadiah ini ikut suka hati saya nak bagi.

“Saya bukan ada kedai jual berlian, saya jual emas. Patut dulu saya bagi bagi emas promote produk saya. Tapi saya berbesar hati beri rantai tersebut dan tak sangka begini pula jadinya,” katanya.

Sumber:: MSTAR

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top