Uncategorized

Dakwaan Hairul Azreen Nyaris Diculik Hanya Publisiti Murahan

Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreenmendedahkan detik cemas yang dilalui olehnya dan seorang lagi pelakon, Ammar Alfian yang hampir menjadi mangsa culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di sebuah pelantar minyak di Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, kenyataan oleh Hairul itu mengundang rasa tidak senang dan tidak puas hati pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, tampil membuat penafian dan menyifatkan kenyataan Hairul itu tidak berasas . Malah, sepanjang penggambaran Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah ditugaskan untuk untuk menjaga keselamatan mereka.

Menurut beliau lagi, dakwaan tersebut mengelirukan dan mengundang persepsi negatif dan hanya gimik promosi untuk menarik publisiti murahan daripada masyarakat.

“Kenyataan pelakon filem ini tidak berasas memandangkan tiada sebarang kejadian seumpama itu yang dilaporkan sepanjang kru filem berkenaan berada di kawasan tersebut yang merupakan kawasan keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Sepanjang mereka menjalankan penggambaran filem, mereka disertai dan dikawal oleh pasukan keselamatan yang terlatih, Paskal dan saya percaya tidak ada cubaan melakukan penculikan kepada mereka,” katanya seperti dipetik daripada BeautifulNara.

Kalau ikutkan ada banyak cara boleh dilakukan untuk promosikan sesebuah filem. Jika benar ia hanya sekadar gimik, tindakan yang dilakukan oleh Hairul itu adalah tidak wajar kerana membabitkan keselamatan negara.

HairulAzreen & Ammar Alfian Dipanggil Oleh ESSCOM Gara2 Isu Diri Mereka Diculik.

Beberapa hari lalu pelakon, Hairul Azreen telah mendakwa bahawa dirinya serta seorang lagi pelakon filem PASKAL, Ammar Alfian hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem itu di kawasan perairan Semporna di Sabah.

Walaubagaimana pun, Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyifatkan apa yang dikongsikan oleh Hairul itu sebagai tidak berasas.
Akan dipanggil dalam masa terdekat

Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memanggil dua pelakon utama filem PASKAL, iaitu Hairul Azreen dan Ammar Alfian untuk memberi keterangan dalam masa terdekat. Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghali, berkata kenyataan kedua-dua pelakon lelaki itu akan dirakamkan di Ibu Pejabat ESSCOM di Lahad Datu.

Ketika dihubungi NSTP, Datuk Hazani Ghazali berkata;

ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat di Ibu Pejabat ESSCOM.

Hazani dilaporkan berkata, sepanjang penggambaran filem dijalankan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon dan kru produksi telah disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL).

Tambah Hazani lagi, dia meminta agar semua pihak lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan terutama sekali membabitkan isu keselamatan negara.

Sumber: Berita Harian via oh bulan & rotikaya

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top