Uncategorized

KJ Buat Laporan Polis Terhadap Najib

Kalau ada diantara anda yang terbaca akan satu kenyataan Lim Guang Eng ketika perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jalan 2018 di Dewan Rakyat 2 hari lepas, beliau mendakwa bahawa kerajaan BN telah ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa 2 minggu.

Susulan isu tersebut, Khairy Jamaluddin memuat naik satu status di Twitter miliknya mengumumkan beliau sendiri akan membuat laporan polis dan SPRM kerana beliau menjelaskan siasatan dalaman seperti yang diberitahu Guan Eng tak cukup untuk dakwaan serius itu.

“Tuduhan serius dibuat terhadap kerajaan terdahulu semalam di Parlimen mengenai tuntutan cukai GST yang belum dilangsaikan.  Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) berkata, RM19 bilion telah disalahgunakan dan tidak dibayar balik kepada peniagaan yang telah membuat tuntutan atas cukai input mereka”

“1) Saya bertanya tentang tuntutan cukai input yang tak dibayar sebanyak RM19 bilion, berapa ramai yang tak mematuhi peraturan GST, berapa banyak subjet audit kastam yang berterusan dan berapa banyak yang tak dibayar kerana penyelewengan? Kita perlu penjelasan terang mengenai hal ini.”

“Selepas memutar belit sedikit mengenai jumlah yang hilang itu, Menteri Kewangan akhirnya mengakui dia tidak mempunyai butiran terperinci mengapa tuntutan cukai input tak dibayar.”

“2) Saya mengatakan tuduhan penyalahgunaan atau rompakan (menggunakan kata-kata beliau) adalah serius dan tak boleh dibuat melalui ucapan di Parlimen tetapi mesti tertakluk kepada penyiasatan penuh dan telus yang membolehkan pelaku dibawa ke muka pengadilan.”

“Hari ini, saya ingin sekali lagi menyeru agar perkara ini disiasat dan dibuktikan Menteri di Parlimen yang tak mempunyai data terperinci mengenai tuntutan yang belum dilunaskan.”

“Saya tidak fikir siasatan dalaman oleh @MOFmalaysia adalah mencukupi apabila tuduhan serius mengenai penyelewengan atau “rompakan” telah dibuat. Sejak @guanenglim tidak berminat dengan apa-apa selain pertanyaan dalaman buat masa ini, saya ingin membawa isu ini bersama demi kepentingan awam.”

“Hari ini dan esok saya akan membuat laporan polis dan SPRM terhadap bekas pegawai tinggi Kementerian Kewangan bagi membolehkan siasatan terbuka dibuat untuk memastikan sejauh mana kebenaran pendedahan Guang Eng.”

“Jika tidak, kita akan dibiarkan dengan tajuk utama yang sensasi tentang RM19bn yang hilang atau dicuri tanpa apa-apa bukti sebenar yang dibentangkan. Sekiranya benar, bawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Sebagai mantan menteri, penyelewengan seperti itu, tidak seharusnya berlaku, mesti diselidiki dengan teliti & terbuka.”

“Jadi, daripada menunggu beberapa pertanyaan dalaman oleh @MOFmalaysia, saya berharap @PDRMsia dan @SPRMMalaysia akan menyiasat dakwaan @guanenglim sebaik sahaja laporan saya dibuat.”

Sumber siakap keli

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top