Uncategorized

Takut kulit hitam, Azal sapu ‘foundation’ milik Zarina di muka

Zarina Zainuddin bukan sahaja seorang pelakon yang hebat, malah dia juga merupakan seorang ibu yang tabah dan kuat dalam membesarkan anak-anaknya yang mempunyai autisme.

Baru-baru ini, telatah lucu seorang anak autisme beliau, Azal, mencuit hati netizen di laman Instagram peribadinya. Zarina terkejut melihat wajah anaknya putih seolah-olah memakai bedak sejuk. Tapi, betul ke bedak sejuk tu?
Azal pakai apa ni?

Zarina terkejut melihat wajah anaknya putih melepak. Bila ditanya Azal apa yang dipakai, rupa-rupanya dia memakai foundation untuk wanita. Telatah lucu ini juga membuat Zarina tidak mampu menahan gelaknya.

Azal memberitahu yang dia nak menjadi lebih putih, namun Zarina terus menyuruh anaknya mencuci muka dan memakai ‘whitening mask’. Lalu dia menyuruh anaknya memberitahu dari mana datang foundation yang dipakai. Rupanya foundation Zarina yang ditinggalkan di atas meja.
Pergi cuci muka Azal

 

Zarina berkali-kali menyuruh Azal pergi cuci muka dan memakai mask yang sedia ada. Namun lucunya, Azal hanya merenung wajah ibunya. Setelah Zarina mengugut untuk tidak membawanya ke Singapura esok harinya, barulah Azal pergi mencuci mukanya.
Kan dah handsome tu

 

Wah, kacaknya Azal selepas mencuci muka dan pakai ‘whitening mask’. Zarina memuji anaknya mengatakan bahawa kulit Azal telah kembali putih. Netizen sememangnya tercuit hati dengan lagak ini. Lihat komen mereka:
Azal lucu dan comel

Lucu ya telatah anak Zarina seorang ni. Walaupun cabaran membesarkan anak autisme sangatlah tinggi, namun seperti yang dapat dilihat di dalam video ini Zarina mendidik anak-anaknya dengan penuh kelembutan dan hikmah. Semoga keluarga Zarina sihat dan bahagia sentiasa.

Sumber: Zarina Zainuddin via ohmymedia

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top