Uncategorized

Semalam P*****k, Hari Ni Bung Mokhtar Pulak Cakap F*** Y**

Dewan Rakyat terus hangat dengan pelbagai kontroversi. Lepas ‘kepala bapak’ dan ‘p*****k’, kini ada perkataan kesat baru yang mencemari dewan tersebut hari ni.

Menurut Astro Awani, perkataan lucah ‘f*** y**’ pulak dilontarkan semasa Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua.
Sumber: The Star
Pertelingkahan ni start bila Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) bangun dan mencelah ucapan perbahasan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) mengenai harga barang dan perkhidmatan sekiranya Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan diperkenalkan semula.

Bagaimanapun masa beliau tengah menjelaskan lawatan beliau ke Pasar Borong Selayang untuk melihat harga barangan, Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) dengan sinis menyoal – “Bukan kasino ka Kinabatangan?”.
Sumber: Youtube
Gangguan tu menyebabkan Bung gagal menahan marah dan terus melontarkan kata-kata kesat, serta menunjukkan kesediaan untuk bertumbuk. Ish ish…

“Apa ini, biadab, ini kurang ajar. Ini biadab ni yang Dipertua. Memang kurang ajar. YB tak layak duduk di sini. Samseng. What do you want? You nak gaduh dengan saya? F**k y*u. Kau yang mabuk malam-malam,” jeritnya.

Kejadian tu menyebabkan beberapa ahli Parlimen meminta Timbalan Speaker, Datuk Mohamad Rashid Hasnon mengeluarkan Bung Mokhtar dari dewan. Kecoh ni!

Dalam pada tu juga, Datuk Seri Ronald Kiandee bangun menjelaskan bahawa Mongin telah menyalahi peraturan mesyuarat 36 (9), iaitu tak boleh disebut kelakuan atau sifat seorang ahli Parlimen sewaktu perbahasan berlangsung.

Walaupun begitu, Mohamad Rashid tidak membuat sebarang keputusan atau ruling, sebaliknya menangguhkan mesyuarat kerana masa rehat.

Nah korang tengoklah sendiri video bila Bung Mokhtar ‘meletup’ kat dewan rakyat tadi.

Masing-masing menteri, tolonglah tunjuk contoh yang baik.

Sumber: lobakmerah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top