Uncategorized

‘Tersedar ada bunyi dengusan kuat di telinga, dia (jin) cekik dan r0g0l aku’

Kisah seram seringkali diceritakan berlaku di mana-mana sahaja kawasan terutamanya di kolej-kolej. Golongan pelajar perempuan seringkali menjadi sasaran gangguan benda-benda halus ini. Oleh yang demikian, mereka perlu sentiasa berhati-hati menjaga adab dan juga percakapan.

Seorang pengguna Twitter berkongsikan kisah seram yang dihadapinya ketika bergelar pelajar di UiTM Seri Iskandar, Perak. Pelbagai jenis gangguan yang diterimanya sehinggalah saat yang tidak dapat dilupakan. Dia mendakwa dia telah dirogol ketika tidur dan dia terkejut apabila rakan sebiliknya mengatakan dia tidak menjerit dan hanya tidur dalam keadaan baik.

Selepas kejadian demi kejadian yang berlaku ke atasnya, dia mula mengubah dirinya dengan memakai pakaian yang elok semasa tidur.

TADI terbaca tweet pasal jangan mandi bogel, jangan tidur dalam keadaan seksi, takut ada jin bersetubuh dengan kita. Sebelum ini, aku ambil mudah benda ini, tapi lepas apa yang jadi dekat aku masa aku study dekat UiTM SI, and time itu juga UiTM SI tengah kecoh pasal orang minyak.

Sebelum aku cerita pasal apa yang jadi, aku cerita sikit pengalaman lain yang jadi di UiTM SI, masa aku duduk kat Kolej Cempaka 2. Ada satu malam ini, we all kira free dari submission, esoknya Sabtu. So lepak bawah blok sampai pagi, makan maggi dan sembang.

BERMULANYA GANGGUAN 

Setiap blok akan ada area untuk sidai baju, so tempat kami lepak ni memang betul-betul sebelah tempat sidai baju itu. Everything start selepas semua orang tidur, sunyi block. Lebih kurang pukul 2 pagi masa itu, angin sepoi-sepoi, sejuk gila, bau rumput makin kuat, masa inilah benda ini jadi.

Tempat sidai baju ini penuh dengan batu kerikil. Jadi, bila orang jalan memang obviously akan berbunyi, aku mula dengar batu ini bunyi sayup-sayup, tapi makin lama makin kuat and makin rapat dengan tempat kami lepak itu. Bila aku pandang, memang tak ada siapa kat situ, memang tak ada sesiapa.

Selepas kejadian pertama, slow-slow dia kacau. Dulu zaman pakai BB and famous cover phone jelly tu. Siapa pernah pakai akan tahu cover tu tak licin and tak mudah slip. Tiba-tiba phone aku slide ketepi, jatuh dari atas meja gais. Time ini kami dah cuak, tapi still sedapkan hati.

Selepas phone jatuh, kami dengar bunyi batu itu semakin kuat, macam ada orang lari, time ni masing-masing dah pucat, boleh bergurau ek. Dalam hati aku Ya Allah cepatla azan subuh, biar terbakar syaitan yang mengganggu kami ini.

Waktu yang aku tunggu dah tiba, finally azan subuh, lega! Tapi memang niat dia nak kacau, selepas saja azan subuh, dia menangis. Menangis dengan kuat, teresak-esak dan mendayu-dayu, datang dari tempat sidai baju itu. Rasa nak mennangis sekali saja bila dengar. Memang tak calm la hantu ini geram je.

SUARA TANGISAN DI SEBALIK TINGKAP

Ingat tak dulu UiTM Lendu diserang pocong? Time ini aku tak tahulah mungkin keluarga dia juga serang UiTM SI. Time ini hujung minggu, semua balik, tak berani duduk kolej. Setiap malam ada saja yang mengalami histeria, setiap malam ada saja orang pengsan sebab terserempak. Kolej menjadi sunyi sepi.

Keesokan hari selepas kejadian itu, aku taubat dan tak nak lepak dah. So aku tidur macam biasa. Time aku nak lelap itu, dia nangis kat tingkap bilik gais, aku tingkat 3. So boleh bayang tak dia macam mana kat luar? Member semua dah tidur, demam 3 hari gais.

Itu last aku duduk kolej, selepas itu aku chow duduk rumah sewa. Cerita yang sebenar jadi masa final year. Time ini final semestar, benda ni still fresh dalam ingatan, sikit pun tak pernah lupa, setiap saat yang jadi, aku tak pernah lupa.

Time ini memang kecoh pasal orang minyak dalam kolej, so aku tak port sangat sebab duduk luar. Rutin macam biasa, selepas mandi settle apa semua, aku nak tidur. Semua jadi bila aku terlelap. Tiba-tiba bilik yang aku tidur tu jadi samar samar, cuma ada lilin saja, bau asap kuat.

KEMUNCAK GANGGUAN

Member yang sebelum aku tidur tengah main laptop semua tak ada. Aku seorang. Tiba-tiba aku tersedar ada bunyi dengus kuat sebelah telinga dan sebenarnya benda itu atas aku and aku tak boleh bergerak. Nafas dia makin kuat, aku nak jerit tapi tak keluar suara, makin lama makin sesak.

Kulit dia berpeluh still terasa lagi atas kulit aku. Aku tolak bahu dia tapi tak bergerak, aku helpless, suara tak keluar, ayat kursi berterabur, makin aku cuba baca, makin dia hempap. Time ni dia start buka apa yang aku pakai.

And selepas tu, aku dah tak berdaya nak buat apa-apa, dia cekik aku dan r…l aku, aku jerit sekuat hati nd tak lama lepas tu aku terbangun, bangun terus nangis gais. And member aku yang tadi belum tidur tergamam. Aku cakap kenapa tak tolong aku, aku jerit-jerit kenapa tak tolong.

Tapi member aku cakap “aik elok je kau tidur tak ada jerit tak ada apa.”. Tapi muka dia, macam seseorang yang aku kenal, ada sesiapa tahu tak pasal ni, ke dia ada hantar sesuatu kat aku? Time tu aku baru tolak cinta dia, dalam minggu tu juga benda ini jadi.

Atau dia memang betul orang minyak? Orang minyak boleh menyerupai? Anyways, lepas pada tu aku cuba pakai sopan sikit time tidur, ambik wudhuk and baca doa tidur, still segar dalam ingatan bau badan, kulit dia and dengus benda tu, fobia sampai sekarang.

Kuku dia panjang and bau arang, waktu dia cekik tu aku tak stop istighfar sebab rasa macam dah nak putus nyawa, dia tegap and kuat, memang tak boleh nak lawan kalau sorang, kau bayang kau kena struggle sorang dalam dunia yang kau tak sure dunia apa.

And ni actually the second time. First time tu jadi kat rumah sendiri, terjaga dari tidur dengan perempuan berkemban macam puteri gunung ledang, sekeliling katil, menari gais. Kau rasa? Nak jerit, nak bangun, apa pun tak boleh.

Ayat kursi berterabur, and ni aku dah reffer dengan ustazah, dia kata “mungkin keturunan” sebab moyang memang dari semarang, belah satu lagi arab. Takkan belah arab lak, somehow benda mistik ni sebenarnya dari keturunan, yang kita sendiri tak tahu.

Anyways, please take care. Kalau boleh elakkan benda yang boleh menarik minat jin atau apa-apa untuk berdamping dengan kita. Beringat sebelum terkena okay gais.

Sumber: Minaxzaini

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top