Uncategorized

Penangan aura gewe Pasir Mas

PASIR MAS – Sebut sahaja Pasir Mas perkara pertama yang bermain dibenak pemikiran orang ramai ialah mengenai kecantikan raut wajah yang dimiliki oleh wanita, serta gadis di daerah ini.

Memiliki raut wajah cantik tanpa perlu disolek, ditambah pula dengan kulit gebu, hidung mancung, kening hitam seolah-olah memakai alat solek menjadikan wanita Pasir Mas sentiasa berada dalam radar golongan lelaki untuk dijadikan sebagai isteri.

Ditambah pula dengan gaya lembah lembut dan budi pekerti baik melengkapkan lagi pakej kecantikan wanita Pasir Mas dan menjadikannya tampak lebih eksklusif berbanding dengan wanita-wanita Kelantan di jajahan lain.

Kejelitaan wanita Pasir Mas turut dikaitkan dengan beberapa faktor antaranya perkahwinan campur, mempunyai hubungkait dengan Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang serta cara pemakanan dan sebagainya.

Difahamkan, perkahwinan campur itu berlaku disebabkan sungai Kelantan yang terdapat di Pasir Mas merupakan laluan perdagangan popular pada zaman dahulu kala.

Antara kawasan di Pasir Mas yang didakwa tersohor mempunyai ramai wanita lawa ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Lemal, Tok Uban, Pengkalan Batu, Bunut Susu, Slow Machang dan Kubang Bemban.
Ada yang mahu mengurat
Di sebalik kecantikan itu, terselit rasa ‘kurang selesa’ dalam kalangan wanita Pasir Mas apabila sering menjadi tumpuan di khalayak ramai.

Lebih mengejutkan, walaupun sudah bergelar sebagai isteri dan mempunyai cahaya mata masih ada yang mahu mencuba nasib dengan mengurat mereka.

Ia diakui sendiri oleh Nur Syahida Nor Alam, 32, yang pernah berdepan dengan situasi tersebut apabila berjalan seorang diri tanpa anak-anak dan suami.

“Sebagai isteri saya perlu bijak menjaga diri dan berdepan situasi itu bagi mengelak implikasi yang lebih besar,” katanya yang mempunyai tiga cahaya mata.

Menurutnya, dia bagaimanapun lega apabila keluarga dan suami memahami situasi tersebut.

“Tipulah jika saya katakan tidak rimas dengan situasi itu. Namun apa yang penting kita kena sentiasa waspada dan bijak untuk berdepan dengan keadaan,” katanya.
Bawa anak, dikatakan adik
Menurut Siti Nur Fairuz Azwanie Mohd Nawi, 26, dia sering disalah anggap membawa adik sedangkan itu adalah anak kandungnya disebabkan oleh fizikalnya yang kurus dan kecil.

Katanya, situasi itu berlaku setiap kali dia keluar bersama tiga anaknya berusia empat tahun hingga empat bulan untuk bersiar-siar atau mencari barangan keperluan tanpa kehadiran suami.

“Jika ada yang bertanya, cepat-cepat saya memberitahu mereka ini adalah anak saya.

“Ini bagi mengelakkan timbulnya salah anggap dalam kalangan masyarakat,” katanya yang mempunyai darah kacukan Thailand.
Dilabel sedara Neelofa
Syafiqa Roslan, 31, dari Kubang Bemban berkata, dia mewarisi kecantikan daripada datuk dan neneknya yang berasal dari Pakistan.

Katanya, nenek moyangnya merupakan salah seorang pedagang yang datang berurus niaga di Pasir Mas.

“Saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada penyambung generasi keluarga,” katanya.

Nurul Ruziera Alia Nasrudin, 19, berkata, kecantikan paras rupa yang dimiliki membuatkan ramai salah anggap dan mendakwanya adalah kaum kerabat artis terkenal negara Neelofa.

Bagaimanapun, pelajar pra-universiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim Dua itu bingkas menafikan dakwaan tersebut.

“Saya bukalah berasal daripada keluarga artis popular itu, berkemungkinan besar disebabkan faktor kecantikan membuatkan ramai yang salah anggap,” katanya.

Menurutnya, selain itu dia turut menjadi tumpuan di sekolah sehingga menghadirkan rasa kurang selesa.
Penjagaan diri pelengkap pakej
Bagi Wan Solehah Wan Kamal Ruzaman, 31, walaupun dilahirkan memiliki raut wajah yang cantik aspek penjagaan diri tetap menjadi keutamaan.

Katanya, bagi melengkapkan lagi pakej itu dia menghasilkan sendiri jamu dalam usaha menjaga kecantikan.

“Jamu ini saya hasilkan sendiri menggunakan sumber semula jadi yang mempunyai hubungkait dengan wanita,” katanya.

Menurutnya, amalan mengambil jamu itu dimulakan sejak berusia 16 tahun lagi bagi menambahkan seri kecantikan sebagai wanita.

Katanya, dia turut berkongsi jamu yang menjadi amalannya itu dengan wanita di sekitar jajahan ini.Kecantikan wanita dari pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu sering diperkatakan, sama ada ia satu persepsi semata-mata atau realiti, ia sukar diputuskan secara rasmi kerana cantik itu subjektif bagi kebanyakan orang.

Andaian ini bertapak kerana kebanyakan wanita yang berasal dari dua negeri ini cantik dengan perawakan kacukan, hidung mancung, mata bundar dan kulit putih bersih. Gelaran ‘cek mek molek, comey lotey’ dikatakan mampu mencairkan hati mana-mana lelaki yang melihatnya.

Ikuti kupasan dan paparan menarik disediakan Sinar Harian Edisi Pantai Timur mengenai isu ini. Kejelitaan wanita Pasir Mas dikaitkan dengan beberapa faktor seperti perkahwinan campur, keturunan Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang serta cara pemakanan.

 

Sumber : sinarharian

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top